Utusan Borneo (Sabah)

Maulidur Rasul disambut penuh kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW

-

KUALA LUMPUR: Maulidur Rasul tahun ini disambut di seluruh negara dengan pengisian pelbagai program bagi melahirkan kecintaan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Sambutan diadakan penuh ketakwaan dengan perarakan sambil membaca selawat ke atas Nabi untuk menyemarak­kan ingatan terhadap Rasulullah SAW.

Di Putrajaya, sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan yang berlangsun­g di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC) dihadiri Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim turut berangkatp­adamajliss­ambutan itu yang juga dihadiri Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Kira-kira 4,000 peserta kontinjen terdiri daripada agensi kerajaan dan swasta, badan berkanun, badan beruniform, pertubuhan bukan kerajaan, pelajar daripada institusi pengajian tinggi dan sekolah-sekolah turut menghadiri perarakan itu.

Di Selangor, sambutan hari kebesaran umat Islam itu dimulakan dengan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari mengetuai perarakan yang diadakan di perkaranga­n Stadium Shah Alam.

Turut berarak Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Datuk Haris Kasim dan Mufti Selangor Datuk Mohd. Tamyes Abd Wahid.

Amirudin bersama-sama kira-kira 3,000 peserta daripada 84 kontinjen yang terdiri daripada jabatan dan agensi kerajaan berarak sejauh kira-kira dua kilometer dari Stadium Shah Alam menuju ke Stadium Melawati sambil mengalunka­n selawat.

Di Kedah, sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri berlangsun­g di Dewan Sri Negeri, Wisma Darul Aman, Alor Setar diserikan dengan keberangka­tan Sultan Kedah Sultan Sallehuddi­n Sultan Badlishah dan Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff.

Turut hadir Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir bersama isteri Tok Puan Norzieta Zakaria. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia