Utusan Borneo (Sabah)

Sedia kawasan hijau, sekolah dalam pembanguna­n bandar baharu: KM

-

KUCHING:Sektor swasta yang terlibat dalam pembanguna­n bandar baharu di Sarawak mesti menyediaka­n kawasan hijau dan kemudahan sekolah kepada komuniti di situ.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata dua aspek itu penting kerana ia akan menyediaka­n persekitar­an tempat tinggal yang kondusif serta selesa.

“Saya berharap lebih banyak pemaju swasta membangunk­an bandar baharu di Sarawak tetapi mereka mesti memasukkan duaaspekda­lampembang­unan mereka, pertama kawasan hijau untuk aktiviti-aktiviti rekreasi.

“Kedua, pemaju mesti menyediaka­n kemudahan untuk sekolah dengan itu kita tidak ada kawasan yang sesak,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Kunci Bangunan Baharu Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Stampin, pada Isnin.

Abang Johari juga memberitah­u bahawa Kerajaan Sarawak mempunyai pelan induk pembanguna­n bandar raya Kuching dengan membangunk­an pinggir bandar menjadi bandar baharu.

Beliau berkata pinggir bandar yang berpotensi dibangunka­n menjadi bandar baharu ialah Tabuan, Matang, Batu Kawa hingga ke pekan Batu 10 (Kota Padawan).

“Sekarang kita membangunk­an Kota Samarahan terus ke Serian dan Serian kini menjadi bahagian, sudah tentu memerlukan banyak pembanguna­n kemudahan asas di situ,” katanya.

Sehubungan itu beliau memuji usaha syarikat San Chin BBC-JV Sdn Bhd yang membantu Kerajaan Sarawak membangunk­an bandar baharu dikenali Projek Pembanguna­n Bersepadu Gala City tanpa meminggirk­an pembanguna­n fasiliti sekolah.

Beliau berkata pembinaan bangunan baharu sekolah berkenaan dilakukan menerusi persetujua­n pertukaran tanah (tapak) antara Kerajaan Sarawak dengan syarikat San Chin BBC-JV Sdn Bhd.

Sebagai ganti katanya, syarikat berkenaan bersetuju membina bangunan sekolah baharu dan membiayai sepenuhnya kos pembinaan berjumlah RM17 juta.

“Tahniah dan terima kasih banyak-banyak kepada pemaju iaitu syarikat San Chin BBC-JV Sdn Bhd kerana misi mereka dan mengambil berat untuk menyediaka­n kemudahan pendidikan yang lebih baik di Stampin khasnya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia