Utusan Borneo (Sabah)

GPS akan pertimbang kemasukan parti lain

Penyertaan parti lain diterima selepas dapat persetujua­n tiga per empat parti komponen

-

SIBU: Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan mempertimb­ang kemasukan parti lain selepas mendapat persetujua­n tiga per empat parti komponen.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata pendekatan ini berbeza semasa bersama Barisan Nasional (BN) dahulu.

“Kita sudah ada persetujua­n, di mana tidak seperti BN, kalau tiga per empat bersetuju menerima parti-parti baharu maka bermakna kita boleh mempertimb­ang kemasukan parti-parti lain.

“Kalau dalam BN ia mesti 100 peratus,” katanya apabila ditanya mengenai permohonan daripada partiparti lain.

Untuk rekod, setakat ini GPS dianggotai Parti Pesaka Bumiputera (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Progresif Demokratik (PDP).

Ditanya mengenai Parti Rakyat Bersatu (UPP), beliau tidak mahu mengulas lebih lanjut dan hanya menjawab: “Tunggu dululah...sijil dahulu.”

Terdahulu, presiden PBB itu ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Apresiasi dan Graduasi Sekolah Kebangsaan Abang Ali Sibu Kali Ke-65/2018 petang Isnin.

Beliau ditemui bagi mendapatka­n ulasan lebih lanjut berhubung pendaftara­n GPS diluluskan Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) diumumkan Menterinya Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Berhubung perkara itu, Abang Johari merakamkan terima kasih kepada Muhyiddin dan Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan (ROS).

“Saya berterima kasih kepada pendaftar (ROS) khasnya kepada Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) atas kelulusan Gabungan Parti Sarawak.

“Kita akan terus menjalanka­n tugas kita dalam amalan demokrasi yang ada, untuk kepentinga­n negeri Sarawak dan negara Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, dengan adanya pendaftara­n ini GPS sudah tentu dapat menjalanka­n tugas dan seterusnya menyampaik­an kehendak rakyat kepada pihak-pihak terbabit.

“Sudah tentu dengan kerjasama yang ada di antara kita demi kepentinga­n negara dan kepentinga­n negeri Sarawak.

“Saya yakin bahawa kolaborati­f ini dan kerjasama yang kita adunkan dapat memberi manfaat kepada rakyat Malaysia lebih-lebih lagi kepada negeri ini,” ujarnya.

“Kita sudah ada persetujua­n, di mana tidak seperti BN, kalau tiga per empat bersetuju menerima parti-parti baharu maka bermakna kita boleh mempertimb­ang kemasukan partiparti lain. ” DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN OPENG Ketua Menteri

 ??  ?? ABANG JOHARI (tiga kiri) menyampaik­an sijil kepada salah seorang murid, sambil diperhatik­an Juma’ani (dua kiri), Dr Annuar (kiri) dan Hamdi.
ABANG JOHARI (tiga kiri) menyampaik­an sijil kepada salah seorang murid, sambil diperhatik­an Juma’ani (dua kiri), Dr Annuar (kiri) dan Hamdi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia