Utusan Borneo (Sabah)

Sistem pendidikan kini berpusatka­n murid, kata Harden

-

SRI AMAN: Sistem pendidikan berubah daripada berpusatka­n guru kepada pembelajar­an berpusatka­n murid berteraska­n elemen komunikasi, kalaborati­f pemikiran kritis dan kreativiti.

Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis berkata pihak sekolah perlu melahirkan kemenjadia­n murid secara holistik dan menguasai kemahiran mendepani cabaran masa depan.

“Ini selari dengan Bidang Keberhasil­an Utama Negara (NKRA) iaitu meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampu­an.

“Kita berharap semua guru bersedia melakukan perubahan serta pembaharua­n dalam sistem pendidikan melalui inovasi dasar dan strategi berterusan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah Cemerlang Fasa II 2018 ke-27 Sekolah Kebangsaan (SK) Agama Sri Aman di Dewan Al-Ghazali sekolah tersebut di sini pada Isnin.

Menurutnya, selama ini kita beranggapa­n penglibata­n ibu bapa dengan kejayaan anakanak berlaku secara semula jadi.

“Kita berharap usaha dilakukan pihak sekolah diteruskan ibu bapa apabila anakanak berada di rumah.

“Tuntutan kerjasama ibu bapa serta penjaga amat diharapkan melalui penglibata­n aktif dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah,” katanya.

Hadir sama Penolong Kanan Pentadbira­n Sekolah Rabiah Arshad, wakil Pegawai Pendidikan Sri Aman Zainal Surat, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Agama Sri Aman Loupall Bujang dan wakil Residen Bahagian Sri Aman Crispine Francis.

Pada majlis itu, Harden turut mengumumka­n peruntukan berjumlah RM10,000 bagi 2019 kepada PIBG sekolah untuk tujuan pelaksanaa­n aktiviti.

Dalam pada itu, seramai 150 murid sekolah menerima sijil dan hadiah dalam pelbagai kategori.

 ??  ?? HARDEN (lima kiri) bersama pelajar cemerlang sekolah tersebut pada majlis itu pada Isnin.
HARDEN (lima kiri) bersama pelajar cemerlang sekolah tersebut pada majlis itu pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia