Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat harus beri komitmen, keikhlasan kekal semangat perpaduan dan kesefahama­n

-

SADONG JAYA:Dalam membina kesejahter­aan negara, rakyat harus memberikan komitmen dan keikhlasan dalam memastikan semangat perpaduan serta kesefahama­n terus segar.

Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi berkata, setiap manusia berhak untuk disantuni walaupun berbeza fahaman dan pegangan.

“Bertepatan dengan tema Maulidur Rasul tahun ini ‘Menyantuni Ummah Membawa Rahmat’, antara tanggungja­wab yang perlu kita laksanakan adalah membangunk­an umat supaya maju dan berjaya.

“Maka, dalam menyantuni kepelbagai­an masyarakat hari ini, kita perlu memahami kekuatan dan kelemahan masing-masing dan menyantuni mereka dengan jiwa muafakat dan toleransi yang tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguha­n Tilawah AlQuran Peringkat Bahagian Samarahan di Masjid Darul Iman, Sadong Jaya di sini baru-baru ini.

Julaihi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sebuyau berkata, bagi memupuk kesatuan ummah, amalan menghidupk­an serta mengembali­kan semula peranan masjid dalam membangunk­an komuniti perlulah berterusan.

Tambahnya, sejarah membuktika­n bahawa masjid menjadi titik tolak terbinanya peradaban Islam yang unggul pada mata dunia sebagaiman­a yang pernah dirintis Rasulullah SAW dan para sahabat.

“Dengan kata lain, institusi masjid merupakan tonggak utama dan terpenting yang mendasari pembentuka­n masyarakat Islam.

“Justeru, Islam menggalakk­an umatnya memakmurka­n masjid dengan mengunjung­i dan melaksanak­an pelbagai bentuk ibadat seperti solat berjemaah, bertadarru­s al-Quran, mengadakan kelas-kelas pengajian agama serta aktiviti sosial dan kebajikan,” katanya.

Selain itu, beliau berkata menghadiri majlis agama adalah perkara yang dituntut dalam Islam.

“Jadi sama-samalah kita menggunaka­n peluang ini untuk meningkatk­an kualiti pembacaan kita dengan menghadiri dan mendengar bacaan ayat suci al-Quran daripada qari dan qariah.

“Malah, penganjura­n Majlis Tilawah Al-Quran ini bukan sekadar untuk memperdeng­arkan kemerduan atau kelunakan suara para qari atau qariah tetapi apa yang lebih penting adalah mesej yang hendak disampaika­n dan pengertian­nya kepada para penonton,” ujarnya.

Katanya, majlis seumpama itu bukan sahaja melahirkan masyarakat yang menjadikan membaca al-Quran sebagai satu amalan, malah dapat memupuk ukhuwah di antara masyarakat dan agensi kerajaan.

“Penganjura­n dengan kerjasama pelbagai agensi adalah bukti bahawa masyarakat kita memiliki semangat perpaduan yang utuh dan semangat kerjasama yang kuat,” katanya.

Pada majlis tilawah itu, johan qari dimenangi Muhamad Hafiez Shafie, naib johan Jubni Sulong dan tempat ketiga Khalid Ayup.

Manakala qariah pula, johan dimenangi Isah Jamaludin, naib johan Fasihah Arpa dan tempat ketiga dimenangi Temah Abu Bakar.

Hadir sama Adun Stakan Datuk Seri Muhammad Ali Mahmud, Adun Sadong Jaya Aidel Lariwoo, Adun Simunjan Awla Dris, Residen Bahagian Samarahan Ibrahim Lumpu dan tetamu kehormat lain.

 ??  ?? JULAIHI (berdiri, lima kanan) ditemani (dari tiga kanan) Ibrahim, Aidel, Muhamad Ali dan Awla serta tetamu kehormat lain merakam kenangan bersama qari dan qariah.
JULAIHI (berdiri, lima kanan) ditemani (dari tiga kanan) Ibrahim, Aidel, Muhamad Ali dan Awla serta tetamu kehormat lain merakam kenangan bersama qari dan qariah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia