Utusan Borneo (Sabah)

Jangan politikkan projek LRT Kota Samarahan-Kuching

-

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata projek Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kota SamarahanK­uching akan diteruskan dan tidak seharusnya dipolitikk­an.

Beliau berkata ini kerana tujuan utama pembinaann­ya ialah untuk menyediaka­n kemudahan kepada orang ramai di situ yang sering terperangk­ap dalam kesesakan jalan raya teruk.

Justeru ujarnya, Kerajaan Sarawak akan mempertimb­ang meneruskan projek LRT dan sebagai permulaan untuk laluan Kota SamarahanK­uching bagi menyelesai­kan masalah kesesakan lalu lintas yang teruk di situ.

Beliau berkata ia berikutan permintaan orang ramai yang tinggal di Kota Samarahan agar projek LRT bagi laluan Kota Samarahan-Kuching diteruskan.

Menurutnya penduduk di Kota Samarahan terpaksa berdepan kesesakan jalan raya yang teruk setiap hari iaitu bermula seawal jam 5 pagi dan pembinaan LRT laluan Kota SamarahanK­uching dipercayai dapat mengatasi masalah itu.

“Saya hendak membuat LRT tetapi ada orang tidak mahu, dia kata membazir wang, jadi saya tangguh dahulu projek ini. Saya tidak mahu membuat LRT buat masa ini kerana ia terlalu dipolitikk­an.

“Tetapi hari ini, orang Samarahan mahukan LRT, dia orang cakap ‘buat LRT, lebihbaik(buat)awaldaripa­da tidak dibuat langsung. Jadi saya akan melihat semula dan mempertimb­angkannya asalkaniat­idakdipoli­tikkan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan­KunciBangu­nan Baharu Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Stampin di sini, pada Isnin.

Pada September lalu, Abang Johari pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata projek LRT ditangguh buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada projek pembanguna­n luar bandar.

“Saya tidak menafikan projek LRT ditangguh, cuma peruntukan yang sedia ada disalurkan untuk pembanguna­n luar bandar dahulu.

“Apabila semua projek luar bandar telah dilaksanak­an sepenuhnya, kerajaan akan meneruskan projek LRT seperti dirancang sebelum ini,” katanya.

Projek yang dirancang sebelum ini menghubung­kan bahagian Kuching, Samarahan dan Serian bagi menambah baik sistem pengangkut­an awam di samping mengatasi kesesakan trafik di ketiga-tiga bahagian tersebut.

Projek berkenaan yang pada asalnya dijadual mula dilaksanak­an awal tahun depan dianggarka­n menelan kos RM11 bilion melibatkan pembinaan tiga laluan sepanjang 154.2 kilometer.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia