Utusan Borneo (Sabah)

Pelan induk pelupusan sisa pepejal akan diperkenal

-

KUCHING: Sarawak bakal memperkena­lkan satu pelan induk berkaitan pelupusan sisa pepejal di negeri ini pada penghujung Disember tahun ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, pelan induk itu merupakan kajian bersama antara kementeria­nnya dan Kementeria­n Perancanga­n Bandar dan Sumber Asli.

Pelan induk berkenaan katanya, akan dijadikan sebagai panduan dalam cara Sarawak menguruska­n pelupusan sisa pepejal di negeri ini dengan lebih efektif tanpa menjejaska­n alam sekitar.

“Mengapa kita berkehenda­kkan pelan induk ini, kerana kita berhadapan dengan kesulitan untuk mencari tempat bagi pembuangan sampah.

“Semuaorang­mahusampah mereka dibuang tetapi tidak ada seorang individu pun yang mahu sampah dibuang dekat dengan tempat tinggal mereka.

“Inilah masalah kita di Sarawak di mana kita terpaksa mengangkut­keluarsamp­ahke satu tempat yang sangat jauh dengan kos yang tinggi.

“Jadi, kita berharap pelan induk ini nanti akan dapat membantu kita dalam menguruska­n pelupusan sisa pepejal di negeri ini secara efektif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Minggu Kesedaran Alam Sekitar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di Auditorium MBKS di sini pada Isnin.

Tambah Dr Sim, apa yang lebih penting ialah masyarakat perlu samasama memainkan peranan mereka dalam penjagaan alam sekitar menerusi amalan kitar semula.

Tindakan kecil seperti tidak menggunaka­n straw, mengurangk­an penggunaan plastik, mengutip sampah boleh menyumbang kepada kelestaria­n alam sekitar.

“Kerajaan perlu membelanja­kan RM10 juta untuk membina tempat pelupusan sampah malah untuk menutup tempat pelupusan sampah juga menelan kos yang tinggi.

“Sebab itu amalan 3R iaitu ‘Recycle, Reuse, Reduce’ adalah penting untuk mengurangk­an timbunan sisa pepejal yang menelan kos besar untuk diuruskan,” katanya.

Pada majlis itu Dr Sim turut melancarka­n aplikasi OOber Recylce yang dibangunka­n oleh Triple-C Recylce Sdn Bhd, satu alat teknologi maklumat inovatif yang bermanfaat untuk alam sekitar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia