Utusan Borneo (Sabah)

Larangan penggunaan beg plastik di pasar raya pada Sabtu, Ahad

-

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) melarang penggunaan beg plastik di pasar raya-pasar raya di bawah pentadbira­nnya pada setiap hari Sabtu dan Ahad mulai 1 Disember depan.

Datuk Bandar MBKS Datuk James Chan berkata larangan penggunaan beg plastik ini merupakan salah satu usaha MBKS melestarik­an alam sekitar.

Jelas Chan, plastik merupakan sejenis bahan yang tidak dapat dilupuskan dan penggunaan­nya secara meluas menyumbang kepada pencemaran alam sekitar.

“Mulai 1 Disember depan kita akan menguat kuasa larangan penggunaan beg plastik dan kita berharap masyarakat akan memberi kerjasama kepada kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Minggu Kesedaran Alam Sekitar MBKS di Auditorium MBKS di sini pada Isnin.

Selain menggalakk­an penggunaan sifar beg plastik, Chan turut menggalakk­an setiap masyarakat menjadi pengutip sampah sukarelawa­n di sekitar bandar raya ini.

Dengan cara ini bandar raya Kuching akan kekal bersih dan cantik sepanjang masa serta selesa untuk didiami dan dikunjungi.

Chan turut menggalakk­an masyarakat untuk mengamalka­n budaya 3R iaitu ‘Recycle, Reuse, Reduce’ dalam kehidupan seharian masing-masing.

“Mengitar semula kertas mengurangk­an 74 peratus pencemaran udara dan 35 peratus pencemaran air.

“Malah setiap tan kertas yang dikitar semula dapat menyelamat­kan tujuh pokok kecil dan 32,000 liter air,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia