Utusan Borneo (Sabah)

Baiki segera kerosakan laluan Pan Borneo

-

SIBU: Kontraktor bertanggun­gjawab membina projek Lebuh Raya Pan Borneo digesa membaiki segera kerosakan laluan di Batu 26, Jalan Oya, Stapang di sini pagi Isnin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tamin Christophe­r Gira berkata berdasarka­n gambar kerosakan diedarkan di media sosial, beliau mendapati laluan itu mengalami kerosakan teruk termasuk berlubang.

Katanya, laluan tersebut perlu dibaiki secepat mungkin bagi memastikan keselamata­n pengguna jalan raya terbabit.

“Saya meminta supaya kontraktor terbabit membaiki segera kerosakan laluan itu atas faktor keselamata­n pengguna lalu lintas di kawasan terbabit.

“Ini kerana kerosakan itu dikhuatiri boleh menyebabka­n kemalangan jika tidak dibaiki secepat mungkin,” katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Menurut Gira, kontraktor harus bertanggun­gjawab membaiki kerosakan tersebut kerana ia sebahagian daripada perjanjian kontrak pembinaan projek Lebuh Raya Pan Borneo.

Selain itu, kontraktor perlu memastikan­laluansedi­a adadiselen­ggara dengan baik demi keselamata­n dan kemudahan orang ramai sementara menunggu kerja membaiki kerosakan siap.

“Pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan juga perlu turun padang bagi memantau pergerakan lalu lintas bagi mengelak insiden tidak diingini,” jelasnya.

Sementara itu, pengguna jalan raya menggunaka­n laluan itu dinasihati berhati-hati kerana jalan terbabit runtuh dan berlubang separuh jalan.

Setakat ini punca runtuhan itu masih dalam siasatan.

 ??  ?? KEADAAN jalan terbabit selepas tiba-tiba runtuh pagi Isnin.
KEADAAN jalan terbabit selepas tiba-tiba runtuh pagi Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia