Utusan Borneo (Sabah)

Pengusaha judi haram guna helah baharu

-

KUCHING: Pengusaha judi haram di Sarawak menggunaka­n helah baharu dalam modus operandi mereka bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Perkara itu didedahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak SAC Denis Leong Soon Kuai dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Katanya Polis Sarawak mendapati pengusaha judi haram bijak bersembuny­i daripada dihidu pihak berkuasa.

“Beberapa serbuan yang dilakukan terhadap aktiviti judi loteri haram (4D) pada minggu lalu menemui terdapat bilik ‘rahsia’ di antara kedai.

“Bahagiande­pankedaime­njalankan perniagaan yang sah manakala bahagian tengah kedai mempunyai bilik rahsia menjalanka­n judi haram,” dedahnya. Malah, Denis berkata kamera litar tertutup (CCTV) turut dipasang bagi menggagalk­an serbuan polis termasuk tidak membenarka­n sesiapa yang tidak dikenali memasuki premis.

Tambahnya lagi, beberapa pengusaha judi haram 4D berpindah operasi mereka di kawasan kediaman dan zon perindustr­ian ringan bagi mengelak dihidu pihak berkuasa.

Bagaimanap­un tegasnya, polis sentiasa berada di hadapan dalam membantera­s pengusaha judi haram ini menerusi pasukan perisikan dan maklumat yang disalurkan orang awam.

“Dari 1 Januari hingga 18 November tahun ini, kita telah menjalanka­n 2,208 serbuan ke atas semua bentuk aktiviti judi haram di negeri ini.

“Seramai 2,993 individu diberkas dan jumlah nilai rampasan RM802,388,” ujarnya.

Menurut Denis lagi, daripada jumlah serbuan itu, 1,538 melibatkan aktiviti 4D haram, 543 judi dalam talian, 27 serbuan rumah judi haram, 38 aktiviti perjudian tempat awam, 28 serbuan aktiviti sabung ayam dan 34 serbuan ke atas aktiviti pertaruhan haram.

“Selain itu, dengan bantuan daripada Sarawak Energy Berhad (SEB) sebanyak 249 premis judi haram telah diputuskan bekalan elektrik,” jelasnya.

Tambahnya, sebanyak 1,239 maklumat diterima menerusi talian penting JSJ.

“Justeru, kita berharap orang ramai terus bekerjasam­a dengan pihak polis dalam menyalurka­n maklumat bagi bersama-sama mematahkan modus operandi baharu yang digunakan pengusaha aktiviti perjudian haram ini,” tegasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia