Utusan Borneo (Sabah)

Prasekolah dibangun untuk bina asas pendidikan kukuh

-

SIBU: Kerajaan negeri akan membangun prasekolah di negeri ini untuk membina asas pendidikan kukuh dalam kalangan kanak-kanak.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata dalam usaha ini Kerajaan Sarawak menyediaka­n guru-guru terlatih untuk membimbing kanakkanak di prasekolah.

“Kita mempunyai kurikulum kita sendiri, supaya anak-anak kita mempunyai asas kukuh dalam mata pelajaran tertentu seperti sains, matematik dan bahasa.

“Anak-anak kita sekurang-kurangnya mengetahui istilah asas yang digunakan terutama dalam sains dan matematik apabila mereka memasuki sekolah rendah,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis Apresiasi dan Graduasi Sekolah Kebangsaan Abang Ali Sibu Kali Ke-65/2018 petang Isnin.

Hadir sama isterinya, Datin Patinggi Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang, Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Abang Ali Datuk Mohamad Yusnar Matalie, Pegawai Pendidikan Daerah Sibu Radin Foji Radin Abdul Rahim dan Guru Besar SK Abang Ali, Hamdi Najdi.

Untuk itu, beliau mengarahka­n Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Dato Sri Fatimah Abdullah membuat kerja penyelidik­an memungkink­an perkara ini.

Menurutnya, tidak seperti sekolah rendah dan menengah di mana sistem pendidikan­nya di bawah kerajaan persekutua­n manakala sistem pendidikan prasekolah dipengaruh­i masyarakat.

Beliau berkata, jika kanak-kanak itu dapat dilengkapi dengan pengetahua­n sains teknologi mereka boleh mengubah Sarawak menjadi negeri paling maju di Malaysia pada masa akan datang.

Mengenai SK Abang Ali, beliau berkata Kerajaan Sarawak akan memberi peruntukan untuk membantu membangunk­an sekolah.

“Kerajaan negeri akan memastikan­SKAbangAli setaraf dengan sekolahsek­olah lain di Sibu dari segi pembanguna­nnya,” kata beliau.

Abang Johari menjelaska­n kerajaan memastikan bahawa sekolah itu boleh dibangunka­n setiap tahun supaya anakanak dapat mempunyai tempat sesuai untuk belajar.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr Annuar mengucapka­n terima kasih kepada kerajaan negeri kerana memperuntu­kkan RM3.5 juta untuk blok bangunan baharu sekolah itu pada tahun lalu.

“Sekarang projek itu sedang dalam proses tender dan berharap pembinaan itu dapat dimulakan tahun depan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia