Utusan Borneo (Sabah)

Laluan Miri-Marudi sempit untuk kenderaan berat dan panjang

-

MIRI: Saiz laluan Miri-Marudi yang sempit dikhuatiri boleh menyebabka­n pertembung­an melibatkan kenderaan berat dan panjang.

Ketua Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Miri Misnan Tamimi berkata ia antara maklum balas diterima daripada pengguna serta hasil tinjauan anggota ketika penguatkua­saan dan pengawasan keselamata­n di laluan tersebut.

“Dari segi keselamata­n, jalan kurang lebar dan kecil. Saya dapat maklum balas daripada penduduk Marudi menerusi temu duga peribadi, ramai berkata jalan kecil.

“Sekiranya ada lori melalui laluan itu, sukar untuk mereka membuat ‘turn, turning point’ (pusingan),” katanya ketika kunjungan hormat Adun Piasau Datuk Sebastian Ting ke pejabat JPJ Miri pagi Isnin.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Adun Marudi Datu Dr Penguang Manggil turut menggesa JPJ Miri turun padang melakukan pemantauan keselamata­n di laluan itu.

Misnan berkata, penguatkua­saan termasuk memantau pergerakan kenderaan berat dan lebihan muatan.

Dalam operasi bermula September lalu, tiga saman dikeluarka­n kepada pemandu lori kerana melanggar kesalahan bawah Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

“Kita hanya menguatkua­sakan apabila mereka melanggar di bawah Akta Pengangkut­an Jalan 1987 merangkumi tiada permit, lebihan muatan, tidak menutup muatan tersebut dan membawa barang secara berbahaya.

“Dari segi teknikal lori-lori terbabit ialah dari segi tayar dan sistem brek,” katanya.

Menurut Misnan, pemasangan cermin lalu lintas dan papan tanda diperlukan sebagai pemberitah­uan dan amaran kepada pengguna. Perjalanan darat dari Miri dan Marudi lebih singkat setelah laluan ini siap sepenuhnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia