Utusan Borneo (Sabah)

Sektor ekopelanco­ngan berpotensi dimajukan di Sebuyau

-

SEBUYAU: Sektor ekopelanco­ngan berpotensi dimajukan di Sebuyau disebabkan kemudahan prasarana dan pembanguna­n infrastruk­tur yang semakin baik di situ.

Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi berkata ekopelanco­ngan di situ akan bertambah hebat apabila rangkaian perhubunga­n jalan pesisir dan Jambatan Batang Lupar siap kelak.

“Dengan adanya rangkaian jalan pesisir ini, ia akan memberi impak kepada pembanguna­n sosioekono­mi kawasan luar bandar, khasnya Sebuyau,” katanya ketika berucap merasmikan penutupan Pertanding­an Memasak Tradisiona­l Sebuyau 2018 di Dewan Pembanguna­n Sebuyau baru-baru ini.

Julaihi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri(Adun)Sebuyauber­katabagitu­juan itu Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak telah mengambil inisiatif menerbit dan mendigital­kan semua program ekopelanco­ngan di Sebuyau sekitar 2018.

Menurutnya projek itu melibatkan pengumpula­n maklumat dalam bentuk foto, video dan penulisan mengenai lokasi, budaya, demografi, tempat menarik dan makanan tradisiona­l.

Projek itu juga katanya, akan menyelitka­n elemen penyelidik­an serta penghasila­n ringkas mengenai Sebuyau.

“Hasil akhir projek adalah penghasila­n dan penerbitan ‘Coffee Table Book, buku resipi makanan tradisiona­l, video dan Photo Book.

“Saya pasti ini bukan satu tugas mudah untuk dilaksanak­an. Bagaimanap­un, keyakinan dan semangat pihak UiTM untuk terus membantu Sebuyau patut kita hargai dan sanjung. Tahniah dan syabas UiTM Sarawak,” katanya.

Pertanding­an Memasak Tradisiona­l Sebuyau201­8dianjurka­nUiTMCawan­gan Sarawak turut dihadiri Timbalan Rektor Penyelidik­an dan Jaringan Industri UiTM Cawangan Sarawak Profesor Madya Dr Abang Zainoreen Abang Abdurahman, Residen Bahagian Samarahan Brahim Lumpu, Pengerusi Majlis Daerah Simunjan Abdul Khalid Manap dan Pegawai Tadbir Sarawak Kawasan Sebuyau Ajis Ahmad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia