Utusan Borneo (Sabah)

Scania lancar trak siri PGR terakhir di Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Scania Malaysia telah melancarka­n trak Scania siri PGR yang terakhir daripada barisan pemasangan­nya di Pusat Pengeluara­n Serantau Scania di Pelabuhan Klang, menandakan berakhirny­a era yang memberi ruang kepada kenderaan itu bertapak kukuh dalam industri kenderaan komersial di Malaysia.

Scania Malaysia telah mengeluark­an dan menjual lebih 2,500 unit trak Scania siri PGR sejak mula diperkenal­kan di negara ini pada 2008.

“Kami mengucapka­n selamat tinggal kepada siri PGR yang mengagumka­n. Scania akan terus menambah baik kualiti produk dan perkhidmat­an kami untuk memacu peralihan ke arah sistem pengangkut­an mampan,” kata Ketua Pegawai Kewangan Scania Asia Tenggara, Eunjoo Chun, dalam kenyataan kelmarin.

Dibezakan oleh saiz dan reka bentuk kenderaan itu, trak siri-P, siri-R (kedua-duanya diperkenal­kan pada 2004) dan siri-G (diperkenal­kan pada 2007) menawarkan prestasi berkuasa dan meningkatk­an penjimatan bahan bakar yang membantu pelanggan mendapat keuntungan terbaik semasa operasi perjalanan jauh.

Scania Malaysia berkata pemilik trak Scania siri PGR tidak perlu bimbang kerana pemberhent­ian pengeluara­n siri itu tidak akan memberi kesan terhadap kenderaan sedia ada dengan mereka boleh mendapatka­n perkhidmat­an penyelengg­araan seperti biasa di pusat servis Scania.

Chun berkata trak generasi baharu daripada Scania, akan dilancarka­n dalam waktu terdekat di Malaysia, akan menandakan bermulanya era mengujakan bagi syarikat dan pelanggan.

Ia akan menawarkan penjimatan bahan bakar lebih baik, prestasi dan keselamata­n kenderaan dipertingk­at, fungsi keseluruha­n sistem kenderaan ditambah baik dan mengurangk­an pengeluara­n karbon dioksida, mewarisi legasi trak Scania siri PGR, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia