Utusan Borneo (Sabah)

TM percepatka­n perbincang­an masalah Streamyx dengan kerajaan

-

KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Bhd (TM) sedang mencari pendekatan ‘menangmena­ng’ dengan kerajaan untuk menyelesai­kan masalah yang dihadapi oleh pelanggan Streamyx.

Syarikat telekomuni­kasi itu berkata, Streamyx masih berjalan melalui rangkaian legasi tembaga dan menghadapi banyak cabaran seperti keterbatas­an teknologi, dengan kelajuan maksimum penghantar­an setakat 8Mbps.

“TM akan berusaha untuk mempercepa­tkan perbincang­an dengan Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia termasuk Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi meneroka potensi opsyen kerjasama dan teknologi yang sesuai bagi mengoptimu­mkan mekanisme industri sedia ada dalam usaha untuk memberikan pengalaman jalur lebar terbaik merentasi seluruh negara,” kata syarikat itu sebagai respons kepada kenyataan SKMM mengenai ‘kemerosota­n yang membimbang­kan’ dalam penyampaia­n perkhidmat­an TM awal kelmarin.

Sehingga sekarang, TM telah berjaya menaik taraf 50 peratus daripada 340,000 pelanggan Streamyx yang tinggal dalam lingkungan liputan unifi kepada perkhidmat­an unifi tanpa tambahan harga dan TM mahu menyelesai­kan langkah naik taraf itu menjelang Mac 2019.

Untuk pelanggan Streamyx yang tinggal di kawasan yang bukan di bawah liputan unifi, syarikat itu komited untuk terus melabur dalam teknologi yang mampu menggandak­an kelajuan Streamyx pada harga yang sama dengan pelan jalur lebar mereka sekarang ini, katanya lagi.

“Naik taraf kelajuan percuma ini akan memberi faedah kepada 180,000 pelanggan di kawasan bukan liputan unifi. Kamu mahu menyelesai­kan langkah naik taraf ini menjelang Disember 2018,” katanya.

TM ketika mengulas mengenai gangguan perkhidmat­an Internet pada 18 November lepas, memberitah­u gangguan tersebut berpunca daripada pemotongan beberapa kabel gentian semasa kerja-kerja pembinaan Transit Aliran Massa (MRT) oleh kontraktor pihak ketiga di Sentul dan satu lagi insiden membabitka­n kontraktor yang membina lebuh raya Pantai Barat di Sabak Bernam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia