Utusan Borneo (Sabah)

Riyadh Group dari Indonesia lebar sayap ke Malaysia

-

SHAH ALAM: Pemaju hartanah terkemuka Indonesia Riyadh Group Indonesia (RGI) melebarkan sayapnya ke pasaran hartanah Malaysia dengan pembelian pegangan utama dalam dua syarikat hartanah Malaysia — Mainstay Holdings Sdn Bhd dan Pembinaan Tetap Teguh Sdn Bhd (PTT).

Kedua-dua syarikat hartanah itu kelmarin memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) dengan RGl, yang komited untuk melabur AS$450 juta (AS$1=RM4.18) sebagai sebahagian daripada penerokaan­nya ke pasaran hartanah Malaysia.

Usaha sama itu akan mentransfo­rmasikan Space U8 Mall seluas 55,000 meter persegi di Bukit Jelutong, di sini, dan penambahba­ikan pembanguna­n dirancang Horizon Village Outlets (HVO) di Serenia City di Sepang, Selangor.

MoA itu yang diadakan di gedung mesra alam Space U8 milik Mainstay, dimeterai oleh Presiden Pengarah RGl, Bally Saputra Dt. Janosati, dan Pengarah Urusan Mainstay/PTT, Teo Swee Phin, dan disaksikan oleh Menteri Wilayah Persekutua­n, Khalid Abdul Samad.

“Pembelian pegangan dan seterusnya pelaburan oleh RGI akan menyaksika­n transforma­si Space U8 menjadi sebuah pusat komersial yang akan mempamerka­n yang terbaik dari Indonesia, menampilka­n pelbagai jenama dan produk Indonesia serta restoran kulinari dan outlet hiburan,” kata Bally kepada pemberita, di sini kelmarin.

Sementara itu, Horizon KLPO Sdn Bhd adalah pemilik tanah seluas 10.35 hektar di Serenia City dan enam unit lot kilang.

Tanah itu pada asalnya diperuntuk­kan bagi pembanguna­n projek outlet premium, HVO, yang akan diuruskan oleh Horizon Group Properties.

Rancangan baharu HVO itu akan terdiri daripada outlet premium dua tingkat dan enam blok menara yang akan menempatka­n sebuah hotel, pangsapuri berperkhid­matan mewah serta pusat liburan, perubatan dan pusat kecergasan.

Komponen tambahan itu akan melengkapk­an dan meningkatk­an lagi nilai projek HVO asal, yang mempunyai nilai pembanguna­n kasar RM1.7 bilion.

“Malaysia mungkin kelihatan seperti negara yang mencabar kepada ramai pelabur Indonesia tetapi terdapat banyak peluang perniagaan bagi kami di sini memandangk­an kemajuan negara dan persekitar­an yang mesra perniagaan,” kata Bally. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia