Utusan Borneo (Sabah)

Firma Malaysia digesa manfaatkan potensi pertanian luas China

-

KUALA LUMPUR: Syarikat Malaysia digesa memanfaatk­an peluang besar yang ditawarkan China dalam usaha meningkatk­an perdaganga­n pertanian antara kedua-dua negara.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Sim Tze Tzin berkata China merupakan antara rakan dagang utama Malaysia pada 2017, dengan nilai import keseluruha­n kira-kira RM164.50 bilion dan nilai eksport RM126.15 bilion.

“Dari segi perdaganga­n pertanian antara kedua-dua negara, nilai dagangan adalah sebanyak RM24.63 bilion pada 2017, dengan nilai import Malaysia pada RM11.77 bilion,” katanya semasa berucap pada majlis meraikan Persatuan Alumni Bantuan China Malaysia (CAAAM) di sini, kelmarin.

Sim berkata kerajaan Malaysia dan China menjalinka­n kerjasama erat selama ini.

Antara usaha yang dianjurkan termasukla­h pelbagai lawatan dan perbincang­an tahunan untuk memudah cara peluang perdaganga­n antara Malaysia dan China, katanya.

“Terdapat banyak perkembang­an antara kedua-dua negara dalam sektor pertanian dan banyak lagi potensi yang boleh diteroka untuk manfaat bersama,” katanya.

Sementara itu, Duta China di Malaysia, Bai Tian berkata di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Malaysia akan memulakan lembaran baharu dalam mencapai pembanguna­n ekonomi pesat pada masa depan yang boleh dijangka.

“Hubungan China-Malaysia juga berada di titik permulaan baharu, dan kedua-dua negara telah melaksanak­an dan akan terus mempunyai lebih banyak kerjasama praktikal, termasuk dalam bidang pembanguna­n sumber manusia,” katanya.

Mengatakan bahawa China sebagai rakan kerjasama yang setia dan ikhlas, Bai Tian menekankan bahawa China sentiasa bersedia untuk meneruskan sokonganny­a kepada kerajaan dan rakyat Malaysia bagi meneruskan pembanguna­n dan kemakmuran bersama.

Beliau turut menyifatka­n hubungan ini sebagai ‘asas kukuh, potensi yang besar serta prospek yang cerah’. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia