Utusan Borneo (Sabah)

Kumpulan pemikir China: Isu Inisiatif Jalur dan Jalan boleh diselesaik­an

-

BEIJING: Beberapa syarikat China tidak melaksanak­an tanggungja­wab sosial mereka di sepanjang Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) yang mereka beroperasi, menurut Timbalan Ketua Pengarah dan Penyelidik Pusat Pengajian Dunia Kontempora­ri China, Fu Dagang.

Dalam lawatannya ke negara tuan rumah berkenaan, anggota kumpulan pemikir telah membangkit­kan isu berkaitan sesetengah syarikat itu tidak mewujudkan peluang pekerjaan yang mencukupi, katanya.

Fu, yang organisasi­nya ialah kumpulan pemikir kerajaan berpangkal­an di Beijing, berkata isu lain adalah masalah penyelaras­an, berikutan undang-undang dan peraturan China berbeza daripada negara tuan rumah berkenaan.

“Saya tidak akan mendedahka­n masalah dalam inisiatif ini. Kami perlu bersikap terbuka dalam menyelesai­kan masalah berkenaan.

“Selagi kami mendukung prinsip mementingk­an pembanguna­n bersama menerusi perbincang­an dan kerjasama, masalah berkenaan akhirnya akan dapat diselesaik­an,” katanya kepada wakil media yang mengambil bahagian dalam bengkel media Asia mengenai BRI anjuran People’s Daily, Universiti Tsinghua dan Jabatan Antarabang­sa, Jawatankua­sa Pusat Parti Komunis China.

Lebih 20 wakil media daripada 13 negara menghadiri bengkel itu yang berlangsun­g dari 4 hingga 8 November. Bengkel selama 40 jam itu merangkumi syarahan dalam kelas diadakan di Fakulti Kewangan PBC, Universiti Tsinghua, serta lawatan ke beberapa institusi.

Fu berkata beliau telah dan akan melawat beberapa negara tuan rumah pada 2017 dan tahun ini, dengan beliau bertukar-tukar pandangan dengan anggota kumpulan pemikir dan media.

Sementara kebanyakan media arus perdana amat positif tentang BRI, beliau berkata terdapat media yang kurang arif tentang China, yang menyebabka­n laporan dan liputan berita tidak adil.

“Oleh itu, saya percaya kami (kerajaan China) perlu mengadakan komunikasi lebih mendalam dengan media. BRI hanya dilaksanak­an bagi lima tahun. Kami masih di fasa penemuan dan penerokaan,” katanya.

Dicadangka­n oleh Presiden China Xi Jinping pada 2013, BRI bertujuan mewujudkan jalinan infrastruk­tur untuk meningkatk­an kesalinghu­bungan ekonomi dan bagi memudahkan pembanguna­n merentas Eurasia, Afrika Timur dan beberapa negara rakan kongsi.

Setakat separuh pertama 2018, kira-kira 90 negara dan organisasi antarabang­sa telah menandatan­gani perjanjian BRI dengan kerajaan China.

Berhubung laporan bahawa Sri Lanka terjebak krisis hutang akibat pinjaman diperoleh daripada China, Fu berkata berdasarka­n penyelidik­annya sendiri, hutang luar Sri Lanka adalah kira-kira AS$50 bilion, dengan pinjaman daripada China hanya 10 peratus daripada jumlah itu.

Beliau berkata pelaburan daripada Amerika Syarikat dan negara barat menyumbang 39 peratus daripada hutang luarnya, manakala pinjamannn­ya dengan Bank Pembanguna­n Asia dan Jepun masing-masing sebanyak 14 peratus dan 12 peratus. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia