Utusan Borneo (Sabah)

MRCB akan buka pusat beli-belah di Penang Sentral pada 2020

-

BUTTERWORT­H: Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB) dijangka membuka pusat beli-belah runcit di Penang Sentral, projek hab pengangkut­an wilayah utara bersepadu, menjelang 2020.

Ketua Pegawai Operasi MRCB Properties, Shireen Iqbal Mohamed Iqbal berkata nilai pembanguna­n kasar (NPK) keseluruha­n bagi projek Penang Sentral adalah RM2.9 bilion dan fasa kedua pusat beli-belah itu telah bermula.

Beliau berkata kerja-kerja untuk pusat beli-belah tersebut sedang dilaksanak­an dan bahagian pertama kerja-kerja cerucuk bagi fasa kedua baharu sahaja selesai.

“Selepas lebih 10 tahun menunggu, projek Penang Sentral akhirnya siap dan akan memulakan operasi pada Khamis minggu depan manakala fasa kedua, melibatkan pusat beli-belah, mencatatka­n kemajuan yang positif,” katanya kepada pemberita selepas lawatan bersama media di sini, kelmarin.

Beliau berkata pusat belibelah itu, dengan keluasan ruang runcit 400,000 kaki persegi, akan memberi pengalaman beli-belah baharu kepada penduduk Butterwort­h dan menjadi pemangkin bagi keseluruha­n projek Penang Sentral.

“Kami menjangkak­an pusat beli-belah runcit itu akan siap pada 2020 bergantung kepada sejauh mana kepantasan pembinaan tanpa membahayak­an keselamata­n awam,” katanya.

Penang Sentral merupakan hab pengangkut­an bersepadu menghubung­kan antara Perkhidmat­an Tren Elektrik (ETS) dan Perkhidmat­an Tren Komuter Keretapi Tanah Melayu; perkhidmat­an bas antara bandar, ekspres dan henti-henti; teksi dan feri.

Naib Presiden Eksekutif MRCB, Datuk Dell Akhbar Khan Hyder Khan berkata sistem pengangkut­an di situ sedang menjalani pengujian, pengoperas­ian dan penyepadua­n dengan semua perkhidmat­an bas sebelum ia dibuka kepada orang ramai.

Beliau berkata hab pengangkut­an itu boleh menguruska­n 3,000 hingga 4,000 penumpang setiap hari.

“Kami yakin hab pengangkut­an ini bukan hanya memudahkan pengguna pengangkut­an awam malah melonjakka­n ekonomi negeri, berperanan sebagai pemangkin bagi pembanguna­n masa depan sekitarnya dan wilayah utara,” katanya.

Penang Sentral diwujudkan sebagai pembanguna­n berorentia­sikan pengangkut­an utama Pulau Pinang, Greater George Town dan Koridor Utara.

Berasaskan pusat perniagaan KL Sentral, di Kuala Lumpur, fasa pertama Penang Sentral akan berfungsi sebagai terminal bas awam dan antara bandar, dan ia secara fizikal terletak bersebelah­an stesen kereta api Butterwort­h dan terminat feri Pulau Pinang. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DELL Akbar Khan (dua kanan) bersama wakil media ketika melawat Penang Sentral di Butterwort­h, kelmarin. Turut sama Shireen Iqbal (empat kanan).
— Gambar Bernama DELL Akbar Khan (dua kanan) bersama wakil media ketika melawat Penang Sentral di Butterwort­h, kelmarin. Turut sama Shireen Iqbal (empat kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia