Utusan Borneo (Sabah)

CIMB Group lantik Omar Siddiq sebagai Ketua Pegawai Operasi Kumpulan

-

KUALA LUMPUR: CIMB Group, penyedia perkhidmat­an kewangan kedua terbesar Malaysia dari segi aset, melantik Omar Siddiq sebagai Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, berkuat kuasa 26 November ini.

Dalam kenyataan kelmarin, CIMB berkata sebelum ini beliau merupakan Ketua Perbankan Borong Kumpulan di sebuah syarikat perbankan serantau dan pernah berkhidmat di Malaysia Airlines Bhd dan Khazanah Nasional Bhd.

Menurut CIMB, pelantikan itu merupakan sebahagian perubahan pengurusan peringkat atasannya seiring dengan strategi untuk kekal kukuh dalam landskap operasi yang pantas berkembang.

“Warga kami terus menjadi aset strategik yang paling bernilai dan saya yakin gabungan pengurusan atasan sedia ada dan bakat baharu akan membolehka­n syarikat kekal berdaya saing sebagai peneraju bank universal di ASEAN,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz.

Perubahan lain dalam pengurusan – berkuat kuasa 1 Januari, 2019 – termasuk Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Kumpulan, Shahnaz Jammal mengambil alih jawatan CEO (Perbankan Borong Kumpulan) dan Khairulanw­ar Rifaie, yang ketika ini sebagai CFO CIMB Malaysia dan CIMB Islamic Bank Bhd, menggantik­an Shahnaz Jammal sebagai CFO Kumpulan.

Sementara itu, Effendy Shahul Hamid akan memegang jawatan sebagai CEO Usaha dan Perkongsia­n Kumpulan, bahagian baharu yang menumpukan pelbagai perkongsia­n dan ekosistem digital, manakala Gurdip Singh akan bertanggun­gjawab sebagai Ketua Pegawai Strategi dan Perancanga­n Kumpulan.

Victor Lee Meng Tec yang berpengala­man luas selama 20 tahun di beberapa firma kewangan global, akan menyertai CIMB pada 17 Jan, 2019 dan bertanggun­gjawab terhadap perniagaan Perbankan Transaksi dan Perbankan Komersial syarikat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia