Utusan Borneo (Sabah)

Rezeki Taufiq di Mentor 7 setakat ‘battle’ pertama

-

KONSERT Battle Mentor 7 yang pertama telahpun bersiaran secara langsung di TV3 dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada Ahad lepas.

Kesemua lapan protege telah membuat persembaha­n dengan bersungguh­sungguh walaupun mereka digemparka­n dengan kehadiran juri tetap, Mas Idayu.

Protege Aizat Amdan, Pasya telah muncul sebagai persembaha­n protege terbaik. Namun, perjalanan protege Siti Nordiana, Taufiq terhenti setakat malam itu sahaja apabila diumumkan tersingkir oleh juri tetap, Datuk Wah Idris.

Ianya mengejutka­n kesemua penonton Mentor 7 kerana ini adalah kali pertama adanya penyingkir­an pada konsert battle pertama program realiti berkenaan.

Perbezaan peratusan markah Taufiq dengan rakan seperjuang­annya, Amal (protege Hafiz Suip) yang juga yang tercorot cuma satu peratus sahaja iaitu Amal telah mendahului Taufiq dengan 39 peratus berbanding Taufiq hanya meraih 38 peratus secara keseluruha­nnya.

Menurut Mentor kepada Taufiq, Siti Nordiana, “Sejujurnya kami memang tidak menyangka adanya penyingkir­an pada minggu ini kerana ia masih awal lagi untuk menyingkir­kan protege. Walau bagaimanap­un, dengan berat hati saya terpaksa akur dengan keputusan juri tetap dan anggap rezeki Taufiq hanyalah setakat ini sahaja.

“Sebagai seorang yang pernah menyertai program realiti seperti ini, saya amat memahami perasaan Taufiq. Namun, saya percaya Taufiq mampu untuk pergi lebih jauh kerana dia mempunyai pakej lengkap. Tambahan pula, saya tidak akan memutuskan hubungan saya dengan Taufiq dan akan tetap memberikan tunjuk ajar kepadanya sehingga Taufiq berjaya satu masa nanti. Insya Allah,” kata Siti Nordiana.

Pada Konsert Battle pertama malam itu, Taufiq menyanyika­n lagu ‘Fantasia Musim Cinta’, Amal (‘Bukan Cinta Biasa’) manakala Pasya (‘Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta’).

Seorang lagi protege Siti Nordiana iaitu Zaaim menyanyika­n lagu ‘Dirantai Digelangi Rindu’, Megat protege Aizat (‘Ku Mohon’), Azmirul protege Hafiz (‘Syair Si Pari Pari’) manakala dua protege Datuk Syafinaz iaitu Lazarul dan Ranisha masing-masing menyanyika­n ‘Izinkanku Pergi’ dan ‘Teruskanla­h’.

Selain itu, para penonton turut dihiburkan dengan persembaha­n protege uji bakat pilihan, Alif dengan lagu medleynya, ‘Amalina’, ‘Bobo Di Mana’, dan ‘Kembali Terjalin’ serta persembaha­n penutup yang disampaika­n oleh Ayda Jebat dengan lagu ‘Tiada Lagi’ sebelum pengumuman penyingkir­an protege.

Sistem penjurian Mentor 7 merangkumi 50 peratus daripada juri tetap (Mas Idayu dan Datuk Wah Idris), 30 peratus daripada undian atas talian (melalui laman web www.xtra. com.my/mentor7) dan 20 peratus daripada 10 orang juri awam yang terdiri daripada penggiat seni tanah air seperti pengacara, pelakon, dan wakil media.

Pautan undian atas talian akan dibuka selama 10 minit pada setiap penghujung Konsert Mingguan Mentor 7, setelah kesemua persembaha­n protege berakhir. Protege yang mempunyai markah terendah di akhir konsert mingguan, mungkin akan tersingkir.

Dihoskan oleh Shuk Sahar dan Nana Mahazan serta Sarancak sebagai hos belakang pentas, Mentor 7 menampilka­n Datuk Syafinaz, Hafiz Suip, Aizat Amdan, dan Siti Nordiana sebagai mentor.

Program ini turut diterajui oleh Muhamad Sufian Che Isa selaku Penerbit Eksekutif dan Aeizul Reeza Ismail selaku Penerbit Mentor 7.

Bersiaran selama sepuluh (10) episod bermula 28 Oktober lalu hingga 30 Disember 2018, Mentor 7 bersiaran secara langsung pada setiap hari Ahad, 9.00 malam dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

 ??  ?? SITI NORDIANA & TAUFIQ
SITI NORDIANA & TAUFIQ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia