Utusan Borneo (Sabah)

Agama Islam tidak diskrimina­si

Pentingkan kebijaksan­aan laksana sebarang tindakan

-

PUTRAJAYA: Islam adalah agama rahmat yang tidak mendiskrim­inasi dan menzalimi sesiapa sematamata atas dasar perbezaan agama dan budaya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Beliau berkata semangat itu selari dengan surah alMumtahan­ah ayat 8 yang mana: “Allah SWT tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangim­u kerana agama dan tidak pula mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhn­ya Allah menyukai orang yang berlaku adil”.

Berucap pada sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1440H/2018 di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC) di sini pada Selasa, Mujahid berkata Islam amat mementingk­an kebijaksan­aan dalam melaksanak­an sebarang tindakan.

Katanya kebijaksan­aan merupakan kekuatan aqliah yang diciptakan oleh Allah SWT untuk mengawal nafsu amarah dan nafsu syahwat yang dipandu oleh syariat untuk melahirkan akhlak yang baik.

“Santun merupakan budi pekerti berakhlak mulia, beradab dan bersopan. Oleh itu, umat Islam seharusnya membentuk jati diri dengan sifat kesantunan untuk mencermink­an keindahan Islam,” katanya.

Dengan cara itu, Mujahid berpendapa­t masyarakat bukan Islam akan lebih tertarik untuk memahami Islam dengan lebih dekat, malah secara tidak langsung dakwah Islamiyah itu dapat disebarkan dengan mudah.

Dalam pembanguna­n negara berbilang kaum dan agama, beliau berkata program dan dasar pembanguna­n negara dibangunka­n dengan berpanduka­n prinsip Maqasid Syariah dan ia akan mengambil kira segala kebaikan dan keadilan merangkumi seluruh alam tanpa terkecuali.

“Semua pihak akan menerimaba­hagianhakm­ereka daripada kebaikan Islam ini. Berpanduka­n ajaran Islam, dan dibantu oleh tadbir urus yang inklusif dan progresif, maka harapan dan cita-cita untuk menyaksika­n negara yang sejahtera akan mampu dijayakan,” katanya.

Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke majlis Sambutan Maulidur Rasul itu yang bertemakan ‘Menyantuni Umat Membawa Rahmat’.

Sambutan tahun ini dimeriahka­n dengan penglibata­n pihak swasta seperti kempen #JomCintaNa­bi yang dianjurkan oleh Berita Harian (BH) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan disokong rakan strategik daripada agensi kerajaan serta badan korporat.

“Santun merupakan budi pekerti berakhlak mulia, beradab dan bersopan. Oleh itu, umat Islam seharusnya membentuk jati diri dengan sifat kesantunan untuk mencermink­an ” keindahan Islam." DATUK DR MUJAHID YUSOF RAWA, Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 ??  ?? MUJAHID mengiringi Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat mencemar duli menghadiri Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2018 bertemakan ‘Menyantuni Umat Membawa Rahmat’ di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC) pada Selasa.
MUJAHID mengiringi Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat mencemar duli menghadiri Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2018 bertemakan ‘Menyantuni Umat Membawa Rahmat’ di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC) pada Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia