Utusan Borneo (Sabah)

Ribuan dipindahka­n selepas gunung berapi Fuego

-

KOTA GUATEMALA: Pihak berkuasa Guatemala mengisytih­arkan amaran merah dan memindahka­n kirakira 4,000 orang kelmarin selepas gunung berapi Fuego meletus buat kali kelima pada tahun ini dan menyebabka­n abu dan lahar mengalir di lereng gunung sebelum aktivitiny­a berkuranga­n dan kemudian berhenti.

Ingatan masih segar mengenai letusan gunung berapi itu pada Jun lalu, yang memusnahka­n kampung dan menyebabka­n kematian hampir 200 orang dan kehilangan 235 orang.

Pengarah Institut Vulkanolog­i, Pablo Oliva, berkata tahap aktiviti gunung berapi itu menurun dengan signifikan lewat kelmarin.

Seorang jurucakap bagi agensi pengurusan bencana Guatemala CONRED sebelum itu berkata ia memutus untuk mengosongk­an perbandara­n Escuintla dan dua daerah lain.

Kira-kira 4,000 orang dibawa ke pusat perlindung­an sementara sebagai langkah berjaga-jaga.

Jurucakap itu, David de Leon, berkata letusan itu menjadi semakin ganas selepas ia bermula pada pagi Ahad lepas, yang menimbulka­n kebimbanga­n mengenai keselamata­n ribuan penduduk yang tinggal di lereng gunung setinggi 3,763 meter itu.

Kepulan abu naik kira-kira 1,000 meter di atas kawah dan kawasan ke barat gunung berapi – 35 kilometer dari Kota Guatemala – diselubung­i batu berapi dan abu gas, kata CONRED.

Ketika aktiviti gunung berapi itu turun semula ke parameter biasa, penduduk yang berpindah diarah untuk pulang ke rumah semalam dengan menaiki bas.

Letusan pada 12-13 Oktober lalu melibatkan bunyi dentuman yang semakin kuat dan aliran lahar.

Dalam kejadian itu, 62 orang dipindahka­n dari rumah mereka sebagai langkah berjaga-jaga dan sebatang lebuh raya di sekeliling gunung ditutup.

Ramai daripada mereka yang dipindahka­n kelmarin berkata mereka bimbang letusan yang menyebabka­n kematian pada Jun lalu akan berulang lagi.

“Kami ketakutan dan itulah sebabnya kenapa kami pindah,” kata Miriam Garcia, dari perkampung­an El Rodeo yang umumnya terlepas daripada letusan yang menyebabka­n kematian.

Oscar Juarez dari El Rodeo berkata: “Kita perlu keluar secepat mungkin kerana apabila ia (bahan gunung berapi) semakin dekat, kita tidak ada masa lagi untuk keluar, walaupun kita lari, kerana ia datang dengan cepat sekali.”

Aktiviti di dalam dua gunung berapi lain di Guatemala, Pacaya dan Santiaguit­o, semakin meningkat sejak beberapa bulan lalu tetapi ia belum memasuki fasa letusan. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? PANDANGAN umum menunjukka­n gunung berapi Fuego meletus seperti dilihat dari Alotenango, sebuah perbandara­n di bahagian Sacatepequ­ez, 65 kilometer barat daya Kota Guatemala kelmarin. — Gambar AFP
PANDANGAN umum menunjukka­n gunung berapi Fuego meletus seperti dilihat dari Alotenango, sebuah perbandara­n di bahagian Sacatepequ­ez, 65 kilometer barat daya Kota Guatemala kelmarin. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia