Utusan Borneo (Sabah)

Hayati sambutan Maulidur Rasul

Implementa­si dakwah dalam diri untuk mencapai kejayaan

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Umat Islam diajak untuk menghayati sambutan Maulidur Rasul dengan mengimplem­entasikan dakwah dalam diri seterusnya masyarakat untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Dumi Pg Masdal berkata dengan mengambil ibrah dan ikhtibar daripada ajaran Nabi Muhammad SAW, agenda dakwah yang menyantuni umat akan menyusup nilainya dalam kehidupan.

“Agenda dakwah ini perlulah disambut oleh semua pihak kerana ia adalah sesuatu yang dilaksanak­an oleh Nabi Muhammad SAW.

“Usaha dakwah bukanlah tugas seorang ustaz, imam dan juga mereka yang belajar agama. Sebenarnya, kita semua adalah da‘i iaitu pendakwah, tidak kira apa jua latar belakang kita,” katanya.

Beliau yang juga Adun LahadDatub­erkatademi­kian ketika berucap merasmikan Sambutan Maulidur Rasul 1440/2018 Peringkat Daerah Lahad Datu, di Dewan Tun Mustapha, di sini pada Selasa.

Menurut beliau, membesarka­n Maulidur Rasul samalah seperti kita membesarka­n Islam kerana Rasulullah SAW umpama simbol bagi agama Islam.

Dumi berkta, kelahiran dan perutusan Nabi Muhammad SAW merupakan satu nikmat dan rahmat kepada seluruh alam dan wahyu Ilahi telah memberikan penegasan bahawa sifat Nabi Muhammad SAW sebagai suri teladan kepada seluruh umat manusia.

“Kita selaku umat Nabi Muhammad SAW, wajar untuk sentiasa mengenang perjuangan Baginda Rasulullah SAW dalam menyebarka­n dakwah Islam.

“Hasil perjuangan dakwah Baginda Rasulullah SAW dan pengorbana­n sahabatsah­abat Baginda, maka kita dapat mengecapi nikmat iman dan Islam pada hari

“Usaha dakwah bukanlah tugas seorang ustaz, imam d“an juga mereka yang belajar agama. Sebenarnya, kita semua adalah da‘i iaitu pendakwah, tidak kira apa jua latar belakang kita."

DUMI PG MASDAL Pembantu Menteri Pembanguna­n Luar Bandar

ini,” katanya.

Beliau berharap umat Islam pada era pemerintah­an kerajaan baharu dapat menjadikan peristiwap­eristiwa perjuangan Rasulullah sebagai panduan meletakkan titik perubahan baharu dalam usaha mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Pengerusi pelaksana merangkap Pegawai Daerah Lahad Datu Iman Ali ketika berucap menghargai semangat orang ramai dalam mengimarah­kan majlis itu.

“Semoga dengan semangat

yang kita tunjukkan hari ini akan menjayakan semangat perpaduan sesama kita di daerah ini seterusnya menjayakan usaha pembanguna­n kerajaan,” katanya.

Katanya, sebanyak 64 pasukanmen­yertaipera­rakan dengan 41 daripadany­a mengikuti pertanding­an sepanduk dalam lima kategori yang dipertandi­ngkan.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah Noor Alam Khan Abdul Wahid, Ketua Polis Daerah Lahad Datu Assisten Komisioner Nasri Mansor, Penolong Pegawai Daerah (Pembanguna­n) Juraimin Jadil dan Penolong Pegawai Daerah (Pentadbira­n) Mashitah Amin.

Sebelum perasmian, Dumi menyertai acara perarakan beramai-ramai dari perkaranga­n Masjid Ar-Raudah menuju ke dewan dengan melaungkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW diiringi paluan pasukan-pasukan kompang.

 ??  ?? PASUKAN Esscom turut menyertai acara perarakan sempena sambutan itu.
PASUKAN Esscom turut menyertai acara perarakan sempena sambutan itu.
 ??  ?? DUMI (empat dari kanan) menyertai perarakan beramai-ramai diiringi (dari kanan) Juraimin, Nasri dan Iman.
DUMI (empat dari kanan) menyertai perarakan beramai-ramai diiringi (dari kanan) Juraimin, Nasri dan Iman.
 ??  ?? PERARAKAN sambil melaungkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW yang disertai semua golongan masyarakat.
PERARAKAN sambil melaungkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW yang disertai semua golongan masyarakat.
 ??  ?? IMAN (kanan) bersama tetamu majlis.
IMAN (kanan) bersama tetamu majlis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia