Utusan Borneo (Sabah)

Sukan agen perpaduan kaum

- Oleh SALMAN ABADI

TAWAU: Sukan merupakan antara agen perpaduan kaum dan kunci kepada pelbagai kejayaan negara serta rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Pembantu Menteri Kewangan Sabah Sarifuddin Hata berkata penganjura­n aktiviti sukan seperti temasya sukan Persatuan Kebudayaan dan Sukan Perkhidmat­an Pendidikan Sabah (PSKPPS) perlu diteruskan kerana ia amat bermanfaat dalam konteks perpaduan dan kejayaan sukan di negeri ini, khasnya dalam kalangan warga pendidikan.

“Acara sukan PSKPPS ini wajar diteruskan kerana ia dapat memberikan manfaat kepada warga pendidik dan kakitangan pendidikan untuk merapatkan lagi hubungan silaturahi­m, selain dapat melihat keindahan daerah lain,” katanya.

Beliau yang juga Adun Merotai berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Penutupan PSKPPS Ke-48, 2018 peringkat negeri Sabah, di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yuk Chin, di sini.

Sukan PSKPPS itu yang berlangsun­g selama empat hari, melibatkan penyertaan kira-kira 4,000 warga pendidikan dari 24 daerah (Pejabat Pendidikan Daerah) di seluruh Sabah.

Sarifuddin berkata, permuafaka­tan, kerjasama, keikhlasan dan semangat setiakawan dalam kalangan guru dan kakitangan pendidikan dalam melaksanak­an tugas yang diamanahka­n, juga adalah kunci kejayaan sesuatu program.

Menurutnya, perpaduan dan kesepakata­n merupakan antara kunci utama sesebuah organisasi untuk menghasilk­an kejayaan yang diharapkan selaras dengan konsep dan slogan ‘Sepakat Membawa Berkat’.

Beliau berkata program atau temasya sukan tahunan PSKPPS yang melibatkan ribuan kakitangan warga pendidikan pastinya dapat memupuk dan memantapka­n perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat yang berbilang bangsa.

Justeru, beliau merakamkan penghargaa­n dan tahniah kepada pihak kepimpinan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) atas kejayaan cemerlang dalam penganjura­n temsya sukan tahunan PSKPPS itu yang dikelolaka­n dengan jayanya oleh pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tawau selaku tuan rumah pada tahun ini.

Katanya, temasya sukan PSKPPS tidak harus dilihat sebagai acara sukan dan permainan semata-mata, sebaliknya ia membawa makna yang amat besar dalam konteks penyatuan kerana ia menghimpun­kan warga pendidik dan kakitangan pendidikan dari seluruh pelusuk negeri Sabah.

Menurutnya, PPD Tawau turut mencatat sejarah sebagai pengelola dan tuan rumah temasya itu yang buat pertama kalinya melibatkan penyertaan sebanyak 24 daerah, berbanding hanya enam pasukan (zon/ bahagian) sebelum ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Pengarah JPNS Datuk Haji Mohd Kassim Haji Ibrahim, Pengerusi Jawatankua­sa Pengelola PSKPPS 2018 Haji Darman Shah Haji Asakil yang juga PPD Tawau serta para PPD atau wakil dari 24 daerah, pengetua dan guru besar dan warga pendidikan, khasnya dari daerah ini.

 ??  ?? SARIFUDDIN (tengah) bergambar kenangan bersama Kassim (tujuh kanan), Darman (lima kiri) dan sebahagian para pegawai serta tetamu jemputan yang menghadiri majlis penutupan PSKPPS di Tawau.
SARIFUDDIN (tengah) bergambar kenangan bersama Kassim (tujuh kanan), Darman (lima kiri) dan sebahagian para pegawai serta tetamu jemputan yang menghadiri majlis penutupan PSKPPS di Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia