Utusan Borneo (Sabah)

BAM bantu ‘generasi sandwich’ hadapi cabaran

Pemain bakal ‘naik pangkat’ ke peringkat senior perlu bekerja keras pamer prestasi cemerlang

-

SEPANG: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sudah ada perancanga­n membantu pemain muda negara yang dianggap sebagai ‘generasi sandwich’,bagimengha­dapi cabaran dalam transisi mereka untuk diserapkan dalam skuad senior.

Pengerusi Jawatankua­sa Kejurulati­han dan Latihan (C&T) BAM, Datuk Ng Chin Chai berkata walaupun seseorang pemain itu menunjukka­n prestasi cemerlang pada peringkat junior, cabaran sebenar menanti mereka adalah di peringkat senior.

Beliau berkata ini kerana pemain baru ‘dinaikkan’ ke skuad senior akan menjadi ‘generasi sandwich’, yang belum bersedia mencabar pemain berpengala­man dan handal seperti Datuk Lee Chong Wei, tetapi sudah mula diasak pemain junior yang berusaha mengambil alih tempat mereka.

“Di peringkat junior, mereka hanya lawan dengan pemain berumur 18 atau 17 tahun, tetapi di peringkat senior ada pemain daripada pelbagai peringkat umur... ada juga pemain sama umur dari negara lain yang tidak serius di peringkat junior, tetapi kemudian menjadi bagus seperti dari England dan Sepanyol.

“Segelintir pemain muda ini, jika tidak bersedia akan hilang arah dan kecewa. Jadi yang penting ialah persiapan mental selain ketahanan fizikal dan stamina untuk bersaing di peringkat senior. Mereka perlu bersedia berdepan kekalahan, berusaha keras dan sentiasa memperbaik­i prestasi, jangan harapkan kejayaan segera apabila berada dalam skuad senior.

“Apabila Pengarah Kejurulati­han baharu Wong Choong Hann mula melapor diri, beliau menerangka­n tentang generasi sandwich ini dan berusaha menanganin­ya,” kata beliau kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) semalam selepas menyambut kepulangan skuad negara daripada Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Markham, Kanada.

Barisan pemain muda negara menunjukka­n prestasi membanggak­an apabila pemain perseorang­an wanita, Goh Jin Wei meraih gelaran dunia keduanya selepas gelaran sulung pada 2015, manakala pasangan beregu wanita, Pearly Tan Koong Le-Toh Ee Wei muncul naib juara.

Chin Chai yang juga Setiausaha Agung BAM juga mengesahka­n kesemua pemain dari skuad ke Kejohanan Dunia itu akan diserapkan ke peringkat senior kebangsaan, termasuk satusatuny­a pemain profesiona­l dalam skuad berkenaan, Aidil Sholeh Ali Sadikin.

“Saya bangga dengan pencapaian pemain junior kita kerana ini satu titik permulaan yang baik untuk mereka memasuki skuad kebangsaan. Kecuali Jin Wei, Pearly Tan dan Toh, pemain lain akan ada tempoh percubaan dan setiap tiga bulan kita akan menilai semula.

“Semua pemain di peringkat senior kecuali di bawah percubaan, akan dihantar menyertai sekurang-kurangnya 10 kejohanan antarabang­sa,” katanya.

Beliau turut mengakui pasukan remaja wanita menunjukka­n prestasi baik selepas dua dekad, dan mencapai tahap sama dengan skuad lelaki.

Ketua jurulatih skuad remaja negara, Kwan Yoke Meng pula berharap pemainnya yang bakal ‘naik pangkat’ ke peringkat senior, akan terus bekerja keras dan mempamerka­n prestasi cemerlang.

“Saya sangat berpuas hati dengan persembaha­n pemain di Kanada, kerana selain kejayaan mara ke final perseorang­an dan beregu wanita, pemain kita juga layak ke suku akhir dalam lima kategori lain dengan mengejutka­n pemain pilihan. Ini petanda baik untuk BAM.

“Selepas ini, saya rasa kena beri masa kepada mereka untuk bersedia ke peringkat senior...sekurang-kurangnya dua tahun bagi mereka mendapat pendedahan, pengalaman, keupayaan dan ketahanan untuk meningkat naik,” katanya. — Bernama

“Di peringkat junior, mereka hanya lawan dengan pemain berumur 18 atau 17 tahun, tetapi di peringkat senior ada pemain daripada pelbagai peringkat umur... ada juga pemain sama umur dari negara lain yang tidak serius di peringkat junior, tetapi kemudian menjadi bagus seperti dari England dan Sepanyol. ”

Datuk Ng Chin Chai Pengerusi Jawatankua­sa Kejurulati­han dan Latihan (C&T) BAM

 ?? — Gambar Bernama ?? PEMAIN badminton nombor satu negara Datuk Lee Chong Wei (tengah) bersama Presiden Persatuan Badminton Malaysia Datuk Seri Mohd Norza Zakaria (kanan) ketika sidang media di Akademi Badminton Malaysia pada 8 November lepas. Turut sama Setiausaha Agung BAM Datuk Ng Chin Chai.
— Gambar Bernama PEMAIN badminton nombor satu negara Datuk Lee Chong Wei (tengah) bersama Presiden Persatuan Badminton Malaysia Datuk Seri Mohd Norza Zakaria (kanan) ketika sidang media di Akademi Badminton Malaysia pada 8 November lepas. Turut sama Setiausaha Agung BAM Datuk Ng Chin Chai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia