Utusan Borneo (Sabah)

FAM perlu bertindak cepat selesai isu tunggakkan gaji pemain

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu mengadakan mesyuarat Jawatankua­sa Disiplin secepat mungkin bagi memutuskan bentuk hukuman sesuai kepada pasukan dalam Liga Malaysia (Liga-M) yang masih gagal menyelesai­kan isu tunggakan gaji pemain masing-masing.

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pemain Bola Sepak Profesiona­l (PFAM), Izham Ismail mendakwa kegagalan jawatankua­sa berkenaan mengadakan mesyuarat menyebabka­n ramai pemain kembali tampil membuat aduan kepada PFAM.

Beliau memaklumka­n PFAM sudah membawa perkara berkenaan kepada Jawatankua­sa Status FAM beberapa kali sebelum ini, namun hanya Jawatankua­sa Disiplin badan induk itu sahaja yang boleh mengambil tindakan tegas ke atas pasukan terlibat.

“Kita sudah buat mengikut prosedur ditetapkan tetapi saya lihat pasukan terlibat masih berdegil untuk menyelesai­kan isu ini.

“Malah, saya lihat terdapat segelintir pasukan berkenaan yang sudah bersedia membuat persediaan bagi menghadapi musim baharu Liga-M walaupun masih belum menyelesai­kan isu berkenaan,” katanya kepada Bernama.

Mengulas lanjut, Izham menggesa FAM mengenakan hukuman setimpal ke atas pasukan terlibat yang bersikap ‘lepas tangan’ dalam mengatasi masalah berkenaan walaupun beberapa surat amaran sudah dikeluarka­n kepada pasukan tersebut oleh FAM, sebelum ini.

Ditanya mengenai punca masalah berkenaan, Izham mengakui keghairaha­n pasukan berbelanja luar daripada kemampuan mereka, termasuk membayar gaji tinggi kepada pemain import, menjadi punca timbulnya masalah tersebut.

Sehubungan itu, beliau menasihatk­an pasukan terlibat untuk menilai kembali struktur kewangan mereka sebelum membuat pelaburan bagi memperkuat­kan pasukan masing-masing.

Terbaharu, Ketua jurulatih pasukan Liga FAM, Terengganu FC, Mohd Noor Md Derus dan pembantuny­a, Roshadi Wahab memohon campur tangan FAM dan kerajaan Ter- engganu untuk menyelesai­kan masalah tunggakan gaji pegawai dan pemain pasukan berkenaan yang berlarutan sejak beberapa bulan lepas.

Mohd Noor bersama lima lagi staf kejurulati­han musim ini termasuk bekas pemain kebangsaan, Anuar Jusoh dilaporkan sudah menghantar surat secara rasmi kepada FAM pada Rabu lalu, berhubung tuntutan keseluruha­n berjumlah RM289,500.

Status penyertaan pasukan berkenaan dalam Liga Premier 2019 selepas muncul juara Piala FAM pada musim ini, turut menjadi persoalan susulan kegagalan pengurusan pasukan berkenaan yang gagal menyelesai­kan tunggakan gaji pegawai dan pemain mereka. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia