Utusan Borneo (Sabah)

Piala SAFA: Keningau, Tawau ke separuh akhir

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Keningau dan Tawau masingmasi­ng mencatat kemenangan kedua berturut-turut pada Selasa untuk mengisi dua dari empat tempat ke separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) 2018.

Keningau mengalahka­n Kinabatang­an 1-0 hasil jaringan Rimin Epin pada minit ke-80 di Stadium Penampang pada pagi Selasa untuk mendahului Kumpulan A dengan enam mata.

Keningau juga menang 1-0 ke atas Sipitang pada perlawanan pertamanya, Isnin lalu.

Berbaki satu perlawanan, enam mata sudah menjamin kedudukan juara 2013 itu di dua tempat teratas yang diperuntuk­kan ke separuh akhir dan menjadikan perlawanan terakhirny­a menentang Kuala Penyu hari ini hanya pelengkap jadual.

Satu lagi tempat ke separuh akhir dari Kumpulan A akan menjadi rebutan antara Kinabatang­an dan Sipitang yang akan saling bertemu hari ini.

Sipitang dan Kinabatang­an masing-masing telah mengumpul tiga mata manakala Kuala Penyu sudah tersingkir dari persaingan ke separuh akhir selepas gagal mengutip sebarang mata dari dua perlawannn­ya.

Kinabatang­an mengalahka­n Kuala Penyu 1-0 pada Isnin dan pada Selasa, Kuala Penyu kalah 2-0 di tangan Sipitang.

Sambil itu, Tawau mengalahka­n Kota Kinabalu 2-1 di Stadium Likas pada petang Selasa untuk mendahului Kumpulan B dengan enam mata sekaligus mengiringi Keningau ke separuh akhir.

Satu tempat lagi ke separuh akhir dari Kumpulan itu menjadi rebutan antara Kota Belud dan Kota Kinabalu.

Peluang bagaimanap­un lebih terarah kepada Kota Belud selepas menang 1-0 ke atas Kota Marudu untuk mengumpul empat mata berbanding Kota Kinabalu yang baru mengutip satu mata sementara Kota Marudu telah tersingkir selepas gagal mengutip sebarang mata.

Kota Belud akan menamatkan saingan peringkat kumpulan hari ini menentang Tawau manakala Kota Kinabalu menentang Kota Marudu.

 ??  ?? SKUAD Tawau.
SKUAD Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia