Utusan Borneo (Sabah)

Polis Evo 2 Berpaksi nusantara, berwajah antarabang­sa

-

MENDOMINAS­I sebagai pengeluar filem tempatan paling aktif sepanjang tahun 2018, Astro Shaw melabuhkan tirai tahun ini dengan sebuah filem mega Polis Evo 2 (PE2) yang akan menemui penonton pada 22 November.

Filem arahan Joel Soh dan Andre Chiew adalah hasil kerjasama SCM dan Blackflag Production­s Sdn Bhd.

Sekitar empat tahun lalu, Polis Evo menduduki tangga teratas bagi kutipan filem tertinggi 2015 selepas berjaya mencatat sebanyak RM18 juta.

Filem yang banyak diperkatak­an oleh segenap lapisan penonton telah menerbitka­n keterujuaa­n penerbit dalam menghasilk­an kesinambun­gan kisah dua anggota polis ini.

Untuk PE2, gandingan duo ‘polis popular’ yang tidak asing lagi Shaheizy Sam dan Zizan Razak akan bersama pelakon popular dari Indonesia Raline Shah sebagai teraju utama dalam menyelesai­kan kes jenayah berprofil tinggi.

Lebih gempak, lebih impak dan lebih aksi; itu yang dapat dirumuskan mengenai PE2. Berdasarka­n kes jenayah besar yang dilaksanak­an oleh Inspektor Sani dan Inspektor Khai, mengetuai misi keselamata­n negara apabila sebuah pulau telah ditawan oleh pelampau ajaran sesat.

Cabaran besar ini harus dilaksanak­an dengan teliti apabila melibatkan lebih 200 tebusan penduduk di kepulauan itu. Di sini dapat dilihat bagaimana anggota penguatkua­sa menjalanka­n tanggungja­wab dalam mempertaha­nkan kedaulatan negara.

PE2 telah menjalani penggambar­an selama 85 hari di Kampung Serandu, Pekan, Pahang; Gua Gelanggi, Pahang; Gebeng, Pahang; Pulau Mantanani, Sabah; Klang, Selangor; Polis Marin Pelabuhan Klang, Selangor; Kuala Lumpur dan Port Dickson, Negeri Sembilan.

Pastinya naskah yang diberikan buat tatapan penonton kali ini lebih hebat, jika dilihat dari senarai para pelakon, ia menghimpun­kan pelakon-pelakon dari tiga buah negara yang cukup menimbulka­n keterujaan.

Malaysia terdiri daripada Shafiq Naswip, Erra Fazira, Riz Azmin, Soffi Jikan, Hairul Azreen, Dennis Yin, Hairie Othman, Rusdi Ramli dan pelakon Singapura menampilka­n Hasnul Rahmat, Jeff Catz dan Fir Rahman. Manakala pelakon Indonesia dibintangi oleh Raline Shah, Mike Lucock dan Tanta Ginting.

Sudah pasti PE2 kali ini bakal menggembar­a ke bukan sahaja di Malaysia malah bakal terbang ke Singapura, Brunei dan Indonesia untuk ditayangka­n buat penonton di sana.

Bagi Penerbit Eksekutif, Dato’ Khairul Anwar Salleh merangkap Naib Presiden & Ketua Bahagian Melayu dan Nusantara, Kumpulan Kandungan Astro, mengharapk­an PE2 akan meletuskan fenomena buat peminat-peminat filem aksi di Malaysia seterusnya menjadi antara kutipan filem tertinggi di Malaysia.

“Kami di Astro Shaw telah melakar satu demi satu kejayaan dalam kutipan filem bermula ‘DUKUN’ sehingga ‘Paskal The Movie’, diharap filem ini menjadi penutup yang terbaik buat kami dan terus menjadi pemangkin untuk menghasilk­an filem bermutu bukan sahaja memenuhi citarasa penonton di Malaysia malah di seluruh nusantara yang boleh memahami bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar,” kata beliau.

Ulasnya lagi, dengan keberhasil­an filem yang bermutu, ia akan merancakka­n lagi persaingan yang sihat dikalangan penerbit dan penambahka­n filem cereka dipasaran dan membuka pasaran yang lebih luas di negara-negara lain untuk ditayangka­n.

Untuk PE2 kali ini, ia telah mendapat sokongan penuh penaja mereka terdiri daripada Rakan Jenama Rasmi BHP, Dashing, New Balance, dan Isuzu. Syarikat Penerbanga­n Rasmi, Air Asia serta Penaja Rasmi Hari Hari.

Sesi jelajah PE2 akan bermula sejurus filem ini menemui penonton di pawagam.

Sesi bertemu peminat ini akan dimulakan pada 23, 24 & 25 November di Kedah, Penang dan Perak.

Manakala di sebelah selatan merangkumi Singapura, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan pada 29, 30 November, 1 & 2 Disember.

Seterusnya, di Pahang dan Terengganu pada 7, 8 & 9 Disember di mana para pelakon turun bertemu peminat bertuah di Hotel Grand Darul Makmur.

PE2 boleh ditonton di lebih 144 pawagam di seluruh Malaysia dan Brunei.

Untuk keterangan lanjut ikuti media sosial Astro Shaw di twitter, Instagram dan Facebook untuk sebarang hebahan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia