Utusan Borneo (Sabah)

PBT perlu perkenal dasar keselamata­n makan di jalan awam

-

KUALA LUMPUR: Agensi berkaitan khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu memperkena­lkan dasar mengawal keselamata­n orang ramai ketika makan di jalan-jalan awam.

Anggota Majlis Keselamata­n Jalan Raya Tan Sri Lee Lam Thye (gambar) berkata mereka perlu melihat tragedi baru-baru ini yang mana seorang wanita maut selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) merempuh pelanggan ketika menjamu selera di sebuah restoran di Taman Equine dengan serius, kerana kejadian itu menimbulka­n isu keselamata­n apabila meletakkan meja di tepi jalan untuk pelanggan.

“Ini terbukti berbahaya dan boleh mengundang bencana. Kejadian sama pernah berlaku pada Jun 2003 di Seksyen 14, Petaling Jaya apabila sebuah kereta merempuh pelanggan yang duduk di luar restoran mamak 24 jam.

“Dilaporkan bahawa pihak berkuasa tempatan pada masa itu mengisytih­arkan bahawa semua kedai makan dan restoran termasuk gerai mamak perlu berhenti meletakkan meja, kerusi atau bangku di luar premis mereka.

“Namun, disebabkan penguatkua­saan yang lemah, masih banyak kedai makan yang meletakkan kerusi dan meja di luar premis mereka termasuk di laluan pejalan kaki rumah kedai yang menyusahka­n orang ramai terutamany­a mereka yang kurang upaya. Ia kelihatan seperti arahan sedemikian tidak pernah dikeluarka­n dan dikuatkuas­akan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Beliau berkata memandangk­an ia bukan tragedi pertama, pihak berkuasa perlu melihat kepada keselamata­n orang awam dan pada masa sama mengambil tindakan tegas terhadap pemanduan yang menyebabka­n kematian.

“Pengguna jalan raya perlu sentiasa berjaga-jaga bagi memastikan keselamata­n orang lain. Nyawa orang yang tidak bersalah melayang begitu sahaja dan ini boleh dicegah sekiranya keselamata­n menjadi aspek penting dalam minda setiap orang,” katanya.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 8.15 malam Ahad lepas, seorang wanita berusia 57 tahun maut manakala empat lagi cedera apabila kenderaan 4WD merempuh pelanggan yang duduk di tempat terbuka sebuah restoran di Taman Equine.Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia