Utusan Borneo (Sabah)

Kemakmuran negara dipengaruh­i pemimpin

Memiliki sifat takwa serta menghayati kebesaran Ilahi

-

PUTRAJAYA: Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah kesejahter­aan bangsa dan kemakmuran sesebuah negara dipengaruh­i sifat dan akal bicara pemimpin.

Baginda bertitah ulama besar, umara yang berwibawa dan peniaga yang jujur akan lahir dalam negara yang pemimpinny­a memiliki sifat takwa, serta menghayati kebesaran Ilahi.

“Jika pemimpin senantiasa insaf akan tanggungja­wab lebih besar kepada Allah Maha Pencipta, akan sejahteral­ah hidup ummah dan makmurlah (sesebuah) negara.

“Khazanah negara akan diurus secara telus, sumber negara akan diagihkan secara saksama, dan kekayaan negara tidak akan dibazirkan. Kepentinga­n majoriti ummah akan lebih diutamakan,” demikian titah baginda pada sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan­di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC) di sini, Selasa.

Baginda bertitah pimpinan yang lebih bertanggun­gjawab kepada ummah dan watan, bersih daripada rasuah, tidak menyalahgu­nakan kuasa dan menyelewen­gkan amanah, kini lantang disuarakan.

Sultan Nazrin bertitah pemimpin yang tidak amanah dan berintegri­ti akan mengakibat­kan ketenteram­an awam terjejas, kestabilan politik tergugat dan ummah sengsara.

Bagindaber­titahkemis­kinan ummah akan menjadi lebih buruk apabila pemimpin lebih mengutamak­an agenda membina kekayaan material dengan mengambil dan menidakkan hak ummah melalui kaedah yang meragukan.

“Kekayaan material secara mencurigak­an akan melahirkan individu kaya secara mendadak tanpa dilengkapi kekayaan minda, intelek, ilmu dan rohani merupakan kekayaan palsu yang sangat sementara sifatnya, sekadar melahirkan budaya bermewah, bermegah dan budaya melakukan banyak pembaziran.

“Akibatnya, berlaku ketirisan sumber, pembanguna­n yang tempang, serta kadar penganggur­an, kadar penghijrah­an, penyeludup­an, jenayah dan rasuah yang tinggi, disusuli dengan pelbagai penyakit sosial.

“Akhirnya ketenteram­an awam terjejas, kestabilan politik tergugat, dan ummah bertambah derita kerana terperangk­ap dalam putaran ganas penderitaa­n,” titah baginda.

Baginda juga bertitah masalah ummah hari ini berpunca daripada ketiadaan integriti oleh mereka yang diamanahka­n dengan kuasa dan krisis tercetus kerana perebutan membina kekayaan secara tidak telus.

“Malah turut berlakunya perebutan kuasa, kerana kuasa dilihat sebagai saluran atau konduit untuk membina kekayaan diri, kekayaan keluarga dan kekayaan kroni.

“Budaya hipokrasi melemahkan tiang integriti kerana berlakunya amalan ‘pepat di luar rencong di dalam’, kerana membenarka­n ‘guntingsel­esadalamli­patan’,” titah baginda.

Dalam pada itu, Sultan Nazrin Shah bertitah sambutan Maulidur Rasul sebaiknya disambut dengan programpro­gram berunsur pengisian dan memberikan makna serta mengandung­i peringatan kepada ummah.

Baginda bertitah acara sambutan di negara ini yang dihadiri ketua negara dan ketua kerajaan, para pemimpin dan rakyat jelata berstatus acara rasmi merupakan satu keistimewa­an yang dinikmati umat Islam di negara ini.

Tema sambutan ‘Menyantuni Umat Membawa Rahmat’ dipilih untuk menyemarak­kan roh ‘Rahmata Lil Alamin’, roh yang menegaskan Islam ialah agama perdamaian, penuh dengan kelembutan serta kasih sayang, dan tidak mengizinka­n kekerasan, keganasan dan kebencian.

Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim turut berangkat pada majlis sambutan itu. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga hadir.

Kira-kira 4,000 peserta kontinjen terdiri daripada agensi kerajaan dan swasta, badan berkanun, badan beruniform, pertubuhan bukan kerajaan, pelajar daripada institusi pengajian tinggi dan sekolahsek­olah turut menghadiri perhimpuna­n bersempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini. - Bernama

 ??  ?? TIMBALAN Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah berkenan menyampaik­an titah pada Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2018 bertemakan ‘Menyantuni Umat Membawa Rahmat’ di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC), Selasa.
TIMBALAN Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah berkenan menyampaik­an titah pada Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2018 bertemakan ‘Menyantuni Umat Membawa Rahmat’ di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC), Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia