Utusan Borneo (Sabah)

‘Baiko Ikau’ kisah cinta sebenar Josly Bojinggil

-

LAGU ‘Baiko Ikau’ (hanya kamu) adalah sebuah lagu Rungus ciptaan Josly Bojinggil sendiri.

Josly berkata ia berkisar tentang kisah cinta dirinya sendiri dan juga ungkapan rasa cinta suci yang tiada berbelah bahagi terhadap isterinya.

“Lagu ini juga saya tujukan kepada semua pendengar yang begitu ikhlas, tulus dan setia dalam percintaan,” katanya yang merupakan seorang artis baharu, yang mula menempah nama di dalam dunia seni suara tempatan Sabah.

Berasal dari Kg Longkoton, Kudat, Josly adalah anak sulung daripada tujuh adik beradik dan seorang mualaf yang sudah berkahwin dikurniaka­n dua anak lelaki.

Menurutnya, dia pernah menuntut di SRK Lodung, SM St Peter dan SMK Abdul Rahim, Kudat dan merupakan penerima Anugerah Pelajar Cemerlang Bahasa Melayu SPM 1993 di sekolah berkenaan.

Dia pernah bekerja sebagai buruh kontrak di ladang sawit Pinawantai Kudat, buruh kontrak binaan di Kem Lok Kawi, pekerja kilang getah Tuaran dan tukang masak nasi ayam di Yaohan Centre Point Kota Kinabalu.

Selain itu, dia juga pernah mengikuti latihan sambil bekerja anjuran Biro Pembanguna­n Sumber Manusia di ladang Hap Seng Lahad Datu pada tahun 1998 dan sehingga kini berkhidmat di syarikat itu sebagai penyelia dandang stim yang bertauliah daripada JKKP.

Menyingkap pengalaman dalam bidang seni, Josly mengakui mula menyanyi sejak di bangku sekolah rendah lagi dan selalu menjuarai pertanding­an nyanyian dalam kelas.

“Semasa di sekolah menengah, saya tinggal di asrama gereja PCS Kudat dan di situlah saya mula belajar bermain gitar ketika ada masa terluang.

“Saya juga selalu mengikuti pertanding­an nyanyian solo mahupun koir di peringkat asrama gereja PCS dan pernah menang beberapa kali di tempat ketiga serta saguhati.

“Di asrama itulah juga saya pernah menyandang jawatan sebagai pengerusi dan setiausaha persatuan pelajar serta pernah menerima anugerah tempat ketiga pelajar terbaik tingkatan empat,” katanya.

Menurut Josly lagi, selepas tamat SPM dia aktif sebagai pemain gitar di gereja untuk acara-acara sembahyang mahupun koir dan pernah juga mengikuti band muzik kampung. Selain itu, dia juga pernah menang tempat ketiga pertanding­an nyanyian Pesta Kilang Getah Tuaran pada 1996.

Bakat seni nyanyianny­a telah banyak menyerlah di tempat kerja sekarang apabila sudah banyak kali menjuarai pertanding­an nyanyian sama ada di peringkat ‘interestat­e’ mahu pun ‘intergroup’ perladanga­n sehingga diberi gelaran artis Tomanggong dan Hap Seng.

Selain itu, dia juga mewakili divisyen tempat kerja dalam persembaha­n tarian setiap kali ada acara makan malam tahunan.

“Walaupun perjalanan saya tidak seberapa konsisten kerana sibuk dengan kerja hakiki namun akhirnya mungkin sudah rezeki saya pada tahun 2018 ini apabila dapat merakamkan dua lagu single dengan FH Production atas saranan dan dorongan daripada adik saya iaitu artis Joslan Bojinggil.

“Ini adalah pengalaman pertama saya membuat rakaman lagu di studio. Rasa gugup itu tidak seberapa, mungkin disebabkan sudah kerap menyanyi di atas pentas dan khalayak ramai, ditambah lagi tuan pengarah FH Production adalah seorang yang peramah dan sporting jadi sangat selesa bekerja dengan beliau.

“Cuma dari segi persediaan dan latihan sebelum rakaman tidaklah semudah itu sebab terikat dengan jadual kerja yang bersyif. Adakalanya saya terpaksa curi-curi berlatih menyanyi di tempat kerja saya yang sangat bising (tahap bunyi bising melebihi 90 desibel),” katanya.

Dari segi penciptaan lagu, Josly memang berminat sejak tamat SPM. Dia gemar menulis puisi dan lamakelama­an dijadikann­ya lagu. Sehingga sekarang, masih banyak lagu ciptaannya yang belum diketengah­kan.

Lagu Baiko Ikau sudah pun tersenarai di Top 12 Carta Rungus FM selama 22 minggu dan pernah menjadi juara mingguan serta sudah tiga kali juara undia Facebook.

Josly berharap semoga kehadirann­ya dalam industri muzik tempatan akan lebih memeriahka­n lagi industri muzik Sabah dan diterima oleh para peminat seni muzik tanahair.

“Saya berhasrat akan terus berkarya dan semoga industri seni muzik Sabah akan terus maju,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia