Utusan Borneo (Sabah)

Sarawak tetapkan had umur kahwin minimum 18 tahun

-

KUCHING: Sarawak bakal menetapkan had umur perkahwina­n kepada minimum 18 tahun pada tahun depan, kata Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Dato Sri Fatimah Abdullah.

Menurut beliau, peraturan tersebut akan dilaksanak­an sebaik sahaja rang undangunda­ng mengenainy­a diluluskan pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun depan.

Menjelas lanjut, Fatimah berkata kementeria­nnya kini sedang dalam proses mengumpul resolusi daripada Simposium Budaya melibatkan semua kaum, yang tamat baru-baru ini.

“Kebanyakan sesi simposium ini menyokong untuk kita meningkatk­an had umur perkahwina­n kepada minimum 18 tahun.

“Namun terlebih dahulu, kami perlu mengemukak­an resolusi yang terkumpul kepada Pejabat Peguam Besar Negeri untuk mendapatka­n nasihat bagaimana merangka rang undang-undang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual selepas menyempurn­akan penyerahan bendera negeri kepada kontinjen Sarawak bagi Sukan Para Sukma Ke19 di kompleks Belia dan Sukan di sini, pada Isnin.

Selain itu, Fatimah berkata sebelumran­gundang-undang tersebut dikemukaka­n kepada DUN, ia juga akan dibincangk­an dalam kabinet terlebih dahulu.

“Saya berharap rang undang-undang ini dapat dibawa dan diluluskan pada Persidanga­n DUN tahun depan,” ujarnya.

Sementara itu, Fatimah berkata kementeria­nnya turut bekerjasam­a rapat dengan Pejabat Peguam Besar Negeri untuk meminda rang undang-undang bagi Ordinan Anak Angkat Sarawak 1958.

“Kami sudah membuat rundinganm­ejabulatda­nakan merangka pindaan ke atas undang-undang ini sebelum mengemukak­an kepada kabinet dan dibentangk­an dalam DUN,” katanya.

 ??  ?? FATIMAH ketika ditemu bual selepas menyempurn­akan penyerahan bendera negeri kepada kontinjen Sarawak bagi Sukan Para Sukma Ke19 di kompleks Belia dan Sukan di Kuching.
FATIMAH ketika ditemu bual selepas menyempurn­akan penyerahan bendera negeri kepada kontinjen Sarawak bagi Sukan Para Sukma Ke19 di kompleks Belia dan Sukan di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia