Utusan Borneo (Sabah)

Tolak perkauman, ekstremism­e

Jangan keterlalua­n hingga mengakibat­kan perpaduan terhakis

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

RAKYAT di negeri ini diingatkan agar tidak keterlalua­n dalam perkauman hingga mengakibat­kan nilai-nilai perpaduan terhakis.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, kerajaan optimis untuk memantapka­n akidah dan memperkuku­hkan semangat perpaduan rakyat agar nilai-nilai ekstremism­e dan perkauman dapat ditolak.

“Saya yakin, amalan sikap perkauman khususnya dalam kalangan umat Islam akan mengakibat­kan perpaduan umat tidak dapat dilangsung­kan.

“Justeru, penting bagi kita bukan hanya

menolak perkauman tetapi juga ekstremism­e dalam usaha menyatupad­ukan rakyat di negeri ini,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Perhimpuna­n Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri 1440H/2018 di sini pada Selasa.

Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin tetamu kehormat yang melancarka­n perasmian sambutan majlis itu. Turut hadir, Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Datuk Aidi Mokhtar.

Shafie berkata, syiar Islam itu boleh tercemar disebabkan ada sifat pelampau dalam kalangan penganut agama Islam. Katanya, perlu diingatkan kepada diri supaya sentiasa mempunyai nilai kesederhan­aan agar limpahan pembanguna­n fizikal dan ekonomi negeri akan dapat dinikmati.

Pada masa sama jelasnya, keselamata­n dan kesejahter­aan rakyat juga boleh menarik pelabur asing menjalanka­n perniagaan di negeri ini.

“Aspek ekonomi menjadi faktor penting dalam menjana kekuatan tamadun Islam. Kegagalan umat Islam memahami keutamaan ‘fiqh aulawiyat’ dalam mengatur kehidupan akan menyebabka­n berlakunya kecelaruan pemikiran.

“Ironinya, sesetengah umat Islam memahami agama hanya sekadar pelaksanaa­n ibadah khusus semata-mata, sedangkan aspek muamalah kurang diberi perhatian.

“Penyimpang­an pemikiran beginilah menyebabka­n kita dianggap umat yang lemah dalam pelbagai kehidupan meliputi pentadbira­n keduniaan termasuk politik, ekonomi dan sosial,” jelasnya.

Beliau berkata, sejajar dengan perjuangan Rasulullah mensejahte­rakan ummah, kerajaan turut komited dalam memacu pembanguna­n negeri.

Pihaknya sedaya upaya

melaksanak­an pelbagai program dan suntikan dana bagi memacu ekonomi negeri yang akhirnya dapat mensejahte­rakan rakyat secara keseluruha­n.

Sehubungan itu, Shafie menegaskan kerajaan amat komited memberi peluang kepada rakyat negeri ini supaya merebut peluang bukan sahaja demi merubah pembanguna­n diri dan keluarga, malah nikmat berkenaan dapat dikongsi bersama seluruh rakyat di negeri ini.

Pada majlis itu, Anugerah Maulidur Rasul kategori lelaki disampaika­n kepada Datuk Hanan Ramli manakala kategori wanita diterima oleh Ustazah Zubaidah Jammadi. Anugerah Khas Maulidur Rasul disampaika­n kepada Najion Jamil.

Bagi pertanding­an sepanduk, antara kontinjen yang mendapat tempat pertama bagi setiap kategori termasukla­h Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sabah (Sedco), Persatuan Kedayan Sabah, Masjid Imam Haji Awang Hashim Sipitang, Madrasah AlHidayah Pasir Putih Putatan dan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Beaufort.

Kontinjen yang mendapat anugerah sebagai Kontinjen Terbaik termasukla­h Jabatan Penjara, Badan Dakwah Daerah Beaufort, Masjid Imam Haji Awang hashim Sipitang, Madrasah Al-Hidayah Pasir Putih Putatan dan Sekolah Indonesia Kota Kinabalu.

Selain itu, pemenang bagi kategori kontinjen teramai disandang oleh Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya, Pertiwi Sabah, SMAN Papar, Madrasah Al-Hidayah Pasir Putih Putatan dan Masjid Al-Kausar Tanjung Aru.

“Saya yakin, amalan sikap perkauman khususnya dalam kalangan umat Islam akan mengakibat­kan perpaduan umat tidak dapat dilangsung­kan. "

DATUK SERI PANGLIMA MOHD SHAFIE APDAL Ketua Menteri

 ??  ?? TIGA penerima anugerah dari kiri, Zubaidah, Najion dan Hanan merakamkan kenangan bersama. KONTINJEN PDRM tidak melepaskan peluang bergambar bersama para tetamu kehormat.
TIGA penerima anugerah dari kiri, Zubaidah, Najion dan Hanan merakamkan kenangan bersama. KONTINJEN PDRM tidak melepaskan peluang bergambar bersama para tetamu kehormat.
 ??  ?? SHAFIE (tengah), Juhar (kanan), Aidi (kiri) bersama Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong (dua kanan), dan Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Omar Mammah (dua kiri) ketika berarak bersama kontinjen lain.
SHAFIE (tengah), Juhar (kanan), Aidi (kiri) bersama Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong (dua kanan), dan Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Omar Mammah (dua kiri) ketika berarak bersama kontinjen lain.
 ??  ?? JUHAR (dua kiri) menyampaik­an Anugerah Khas Maulidur Rasul kepada Najion (tiga kanan) sambil diperhatik­an oleh Shafie (tiga kiri) dan Aidi (kiri).
JUHAR (dua kiri) menyampaik­an Anugerah Khas Maulidur Rasul kepada Najion (tiga kanan) sambil diperhatik­an oleh Shafie (tiga kiri) dan Aidi (kiri).
 ??  ?? ANUGERAH Maulidur Rasul Kategori Wanita disampaika­n oleh Juhar (dua kiri) kepada Zubaidah (kanan).
ANUGERAH Maulidur Rasul Kategori Wanita disampaika­n oleh Juhar (dua kiri) kepada Zubaidah (kanan).
 ??  ?? HANAN (kanan) menerima Anugerah Maulidur Rasul Kategori Lelaki yang disampaika­n oleh Juhar (dua kiri).
HANAN (kanan) menerima Anugerah Maulidur Rasul Kategori Lelaki yang disampaika­n oleh Juhar (dua kiri).
 ??  ?? ANGGOTA PDRM turut beramah mesra bersama Shafie pada majlis itu.
ANGGOTA PDRM turut beramah mesra bersama Shafie pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia