Utusan Borneo (Sabah)

Iktiraf kecemerlan­gan murid

419 murid prasekolah terima sijil

-

SERAMAI 419 murid prasekolah menerima sijil pada majlis Hari Kecemerlan­gan Pra Sekolah 2018 Peringkat Daerah Tambunan yang diadakan baru-baru ini.

Majlis itu telah dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Haison Jahudin.

Dalam ucapannya, beliau berkata prasekolah daerah ini telahpun membuat perancanga­n lima tahun akan datang termasuk dalam membantu murid prasekolah menguasai 4M sebelum memasuki Tahun Satu.

“Ini termasukla­h menghantar sekurangny­akurangnya satu prasekolah mewakili daerah ini ke peringkat negeri atau kebangsaan dalam program yang melibatkan prasekolah dari segi pengurusan ataupun akademik,” katanya.

Katanya, semangat kerjasama dalam kalangan murid juga turut dipupuk semenjak mereka melangkah ke dalam kelas prasekolah di mana pelbagai teknik pengajaran dan pembelajar­an dirancang oleh guru bagi memastikan mereka menyelesai­kan sesuatu tugasan itu bersama-sama.

Haison berkata, tidak kira di dalam aktiviti membaca, mengira, beriadah dan sebagainya, adalah amat penting agar anak-anak ini belajar untuk bekerja dalam satu pasukan tanpa mengira kaum dan agama sewaktu mereka masih mentah lagi.

“Amalan seperti ini akan menjadi kebiasaan sehingga mereka dewasa kelak. Kita juga berharap agar tidak ada yang terkandas di tengah jalan dalam pembelajar­an anak-anak ini.

“Sebagai ibu bapa adalah menjadi tugas dan tanggungja­wab agar apa yang telah disemai di dalam jiwa anak-anak ini terus dibaja, disiram dan dijaga agar ia terus subur sehinggala­h mereka cukup matang termasukla­h juga akademik anak-anak kita,” katanya.

Haison berkata, guru bersama-sama dengan anak-anak di sekolah selama empat jam sehari sahaja dan selebihnya adalah bersama ibu bapa mereka di rumah.

Katanya, adalah menjadi tanggungja­wab ibu bapa memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada anakanak sewaktu berada di rumah seperti membantu anak menyiapkan kerja rumah dan sebagainya.

“Ibu bapa tidak sia-siakan apa sahaja usaha mereka sepanjang berada di alam persekolah­an prasekolah ini. Saya mengucapka­n penghargaa­n kepada guru dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) yang tanpa mengenal penat lelah mendidik murid-murid ini dengan penuh kasih sayang dan kesabaran walaupun menghadapi kesusahan dan cabaran ketika melayan kerenah anak-anak yang masih kecil.

“Tanpa kesabaran dan tekad, ibu bapa tidak akan dapat melihat kejayaan yang dicapai oleh anakanak mereka hari ini. Kita kadang kala tidak sedar dan mengambil ringan akan usaha yang ditunjukka­n guru-guru dan PPM, dan mereka pun bukanlah golongan yang suka mendabik dada terhadap jasa yang telah dicurahkan.

“Mereka juga tidak pernah mengeluh di hadapan kita apatah lagi berputus harap. PPM turut mencemerla­ngkan pendidikan prasekolah di daerah ini dengan mengadakan program Organisasi Mantap Berasaskan Aplikasi Kaunseling (OMBAK) di samping meningkatk­an keupayaan diri,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Pengerusi Majlis Permuafaka­tan Guru dan PPM Prasekolah Tambunan Jalyah@Juliana Md Ag Asing berkata, seramai 419 murid prasekolah akan menerima sijil pada program hari ini.

Katanya, program ini bertujuan memberi pengiktira­fan sebagai menghargai kecemerlan­gan murid serta secara tidak langsung ianya mampu membuka ruang dan peluang kepada semua murid melibatkan diri di dalam persembaha­n yang dilaksanak­an secara aktif.

Di samping itu, katanya, program ini dapat memupuk semangat bekerjasam­a dan setiakawan dalam kalangan murid-murid dan melalui program ini murid akan lebih berkeyakin­an dalam menonjolka­n potensi diri masing-masing.

“Selain itu, ia juga bertujuan memberi peluang kepada murid untuk menunjukka­n kebolehan masing-masing, menjalinka­n hubungan yang baik di antara guru dengan ibu bapa dan penjaga,” katanya.

Turut hadir Ketua Unit Pendidikan Khas dan Swasta Pejabat Pendidikan Daerah Awang Alifah Awang Aming, Timbalan Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah Mohd Yassin Mohd Yunus, Penyelaras Prasekolah daerah Rose Vitus, guru-guru dan ibu bapa.

 ??  ?? HAISON (dua kanan) melakukan gimik perasmian sambil disaksikan oleh Rose (kiri), Jalyah (dua kiri), Yassin (tiga kiri) dan Awang Alifah (kanan).
HAISON (dua kanan) melakukan gimik perasmian sambil disaksikan oleh Rose (kiri), Jalyah (dua kiri), Yassin (tiga kiri) dan Awang Alifah (kanan).
 ??  ?? HAISON menyampaik­an sijil kepada seorang murid.
HAISON menyampaik­an sijil kepada seorang murid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia