Utusan Borneo (Sabah)

Dalami ilmu pendidikan secara berterusan

-

PELAJAR digesa untuk mendalami ilmu pendidikan secara berterusan tanpa jemu demi mencapai kejayaan cemerlang.

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Limauan Kimanis Ustaz Taip Abdullah menekankan pencarian ilmu adalah aras amat penting dalam kehidupan.

Beliau berkata ia perlu dilakukan tanpa batasan bagi meletakkan diri mereka pada kedudukan yang selesa.

Bagaimanap­un katanya, ia harus ada dengan iringan ibadah serta berdoa kepada Allah SWT agar tiada penyesalan di masa depan.

“Untuk menjadi seorang yang cemerlang, anda perlu mengamalka­n enam prinsip diri iaitu, bertakwa kepada Allah SWT, bertakwa kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, taat kepada ibu bapa, taat dan menghormat­i guru, menghormat­i abang, adik serta sahabat handai dan yakin kepada diri untuk menjadi seorang yang cemerlang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih sempena jamuan persaraan beliau yang dianjurkan oleh PIBG dan warga SMKA Limauan pada Jumaat.

Taip bersara wajib pada 16 November 2018 pada usia 58 tahun setelah selama 30 tahun berkhidmat dalam bidang pendidikan.

Beliau yang berasal dari Kampung Kuala, Papar memulakan tugas sebagai seorang pendidik di SMK Majakir, Papar pada tahun 1988 pada usia 28 tahun.

Dalam tempoh perkhidmat­an itu, beliau telah ditukar ke sekolah menengah yang lain termasukla­h menjadi pensyarah di Maktab Perguruan Sandakan pada 31 Jun 1990 sehingga ia ditutup pada 24 Disember 2004 sebelum berpindah ke Maktab Perguruan Tawau pada 25 Dis 2004 sebagai penyelaras pentadbira­n.

Pada 16 Januari 2006, beliau sekali lagi dipindahka­n ke SMK Kabongan, Semporna sehingga 31 Ogos 2007 sebelum ditugaskan ke SMK Tun Sakaran, Semporna dan ke SMK Tun Said, Kota Belud sehingga 31 Ogos 2016.

Seterusnya, beliau dipindahka­n ke SMK Agama Kota Kinabalu pada 1 Sept 2016 sehingga 16 Nov 2017 dan seterusnya ke SMK Agama Limauan Kimanis sehingga 16 November 2018.

Terdahulu itu, Yang Dipertua PIBG Haji Abd Sani Marif dalam ucapan aluannya yakin walaupun Taip bersara daripada perkhidmat­an pendidikan, namun sumbangan dan jasa beliau dalam membangunk­an negara dan negeri tidak akan berakhir tetapi akan terus menyumbang fikiran, nasihat serta khidmat bakti bila diperlukan. Hadir sama di majlis itu, Timbalan Pengerusi PIBG Awangku Tamin Pg Hassan, para penolong guru kanan, guru-guru, AJK PIBG serta ibu bapa.

 ??  ?? TAIP bersama Abd Sani dan Awangku Tamin merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian pelajar tingkatan empat serta guru mereka semasa sesi pendaftara­n pelajar.
TAIP bersama Abd Sani dan Awangku Tamin merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian pelajar tingkatan empat serta guru mereka semasa sesi pendaftara­n pelajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia