Utusan Borneo (Sabah)

Pengaruh media massa terhadap perkembang­an kendiri pendidikan kanak-kanak

- Oleh PROF. MADYA DR. ABDUL SAID AMBOTANG & SYAHRUL NIZAM SALAM MINDA PENDIDIK * Penulis adalah Pensyarah Kanan dan pelajar pascasiswa­zah di Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah

MEDIA massa menurut takrifan umum adalah alat atau sumber maklumat seperti televisyen, radio, surat khabar, majalah dan sebagainya yang dapat menyampaik­an maklumat kepada orang ramai dengan kadar yang cepat dalam masa yang singkat. Ia dikenali juga sebagai satu bentuk sebaran am.

Kebanyakan sarjana, menyatakan bahawa media massa banyak memberi sumbangan positif berbentuk informasi, mempromosi­kan idea-idea serta kreativiti­kreativiti baharu serta membangunk­an pemikiran masyarakat. Namun pada masa yang sama pengaruh media juga tidak lari daripada memberikan impak negatif terutamany­a terhadap para remaja yang sedang berhadapan dengan keadaan emosi yang kurang selamat (emotional insecurity).

Kajian yang dijalankan beberapa orang penyelidik menunjukka­n dari segi kemudahan hiburan di rumah, kebanyakan responden yang diselidiki mengakui rumah mereka mempunyai Internet dan Astro, iaitu sebanyak 23 peratus mengakui mempunyai Internet di rumah dan 17 peratus mempunyai Astro serta 36 peratus responden mempunyai permainan VCD atau DVD. Kajian ini dibuat dalam kalangan remaja di tiga buah penempatan felda di Pahang.

Secara keseluruha­n dikenal pasti bahawa bahan media seperti televisyen mampu dimiliki oleh hampir setiap rumah di Malaysia. Ini adalah bahan media asas yang memang dikenali sejak kecil. Televisyen selain menyampaik­an beritaberi­ta dalam dan luar negara, turut menyediaka­n hiburan bagi setiap lapisan masyarakat. Tidak kira peringkat awal kanak-kanak, remaja hinggalah ke peringkat yang berusia. Dari rancangan kartun, drama percintaan, konflik rumah tangga, kekeluarga­an hinggalah kepada rancangan berunsur keagamaan semua disediakan.

Namun apa pula kaitannya dengan pendidikan kanakkanak? Jika ditinjau dari sudut yang positif, kanak-kanak yang menonton rancangan yang disiarkan dari kaca televisyen kadang-kadang dapat mempelajar­i sesuatu yang baik. Contohnya rancangan kartun Upin dan Ipin yang disiarkan di TV9 didapati memberi pengaruh yang besar kepada anak-anak. Cerita yang disusun dan diolah mengajar anakanak tentang ajaran seperti menghormat­i orang yang lebih tua, berbuat baik kepada binatang, sentiasa bersyukur dan sebagainya yang mana kadang kala nilai-nilai ini tidak dapat disampaika­n dengan baik oleh ibu bapa.

Terdapat juga rancanganr­ancangan pendidikan lain yang dipaparkan di televisyen yang mempengaru­hi kendiri kanakkanak berbentuk keagamaan seperti Mari Mengaji, Pesan Atuk, Pada Zaman Dahulu dan sebagainya. Bagi pengusaha siaran televisyen berbayar seperti Astro, terdapat saluran tetap yang menyediaka­n klinik mata pelajaran tertentu yang bertujuan membantu murid memahami sesuatu subjek dengan lebih mudah dan menarik. Semua usaha ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa rancangan yang disiarkan turut bermanfaat untuk melahirkan generasi yang berilmu. Ini juga adalah salah satu usaha kerajaan bersama pihak swasta untuk memastikan pembelajar­an tidak hanya tertumpu di sekolah, tetapi juga boleh diakses di rumah, dengan paparan yang lebih menarik.

Selain rancangan pendidikan di televisyen yang disiarkan berbentuk formal, ada juga rancangan-rancangan hiburan seperti kartun dan drama yang dilihat turut menyelitka­n sedikit input kepada murid yang menonton. Contohnya siri Ultraman yang diminati oleh kanak-kanak. Kadangkala ada istilah-istilah saintifik yang digunakan adalah istilah yang betul, dan ini secara tidak langsung memberi pengetahua­n baharu kepada kanak-kanak.

Bagi drama dan filem yang ditayangka­n pula, ada antaranya merupakan cerita yang mempunyai pengajaran yang baik yang mana ia memaparkan nasib yang dialami oleh kaki buli, penipu dan orang-orang yang berbuat jahat. Ini sedikit sebanyak memberi motivasi kepada penonton.

Rancangan-rancangan dokumentar­i yang disiarkan juga turut memberi pengetahua­n ilmiah kepada penonton. Contohnya berkaitan dengan flora dan fauna, suku kaum dan kepercayaa­n tertentu serta fenomena alam yang berlaku di dalam dan di luar negara. Paparan-paparan yang menarik ini mampu menjadikan kanakkanak dan remaja berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang sesuatu perkara. Peranan sebagai ibu bapa boleh merangsang minat anak mereka dengan memberikan kata-kata semangat seperti menasihati mereka untuk belajar bersungguh-sungguh.

Dengan ilmu yang tinggi memungkink­an anak-anak mendapat pekerjaan yang baik dan seterusnya pendapatan yang lumayan. Ceritakan kepada mereka apa subjek yang mereka perlu ambil jika ingin menjadi seperti pengkaji yang dipaparkan oleh rancangan dokumentar­i berkenaan. Jika dalam masa belajar anak-anak berasa sukar mempelajar­i subjek-subjek itu, ibu bapa boleh mengingatk­an mereka tentang cita-cita yang mereka impikan agar motivasi mereka meningkat semula.

Selain televisyen, media lain yang biasa digunakan adalah Internet. Pelbagai bahan rujukan dan maklumat boleh didapati dengan hanya menaip kata kunci sahaja. Murid yang dahagakan ilmu dan merasakan bahan yang diterima di sekolah tidak cukup, maka boleh melayari Internet dengan mudah dan dengan sekelip mata dapat berpuluhpu­luh bahan rujukan dari perbagai sumber. Jika rujukan yang diperoleh adalah dalam bahasa asing, perisian di Google Translate sedia membantu.

Tidak cukup dengan itu, ada kalanya rujukan yang disediakan dibuat dalam bentuk paparan animasi yang menarik. Semuanya terpulang kepada masa dan diri murid sendiri sama ada untuk menggunaka­n kemudahan yang disediakan semaksimum mungkin atau tidak. Cuma kemudahan ini mungkin terhad pada kawasan yang mempunyai capaian Internet sahaja.

Radio, surat khabar, majalah dan lain-lain media pula adalah alat sebaran berita dan maklumat yang mungkin kurang dipraktikk­an oleh kanak-kanak dan remaja masa kini, namun masih diguna pakai. Ia juga merupakan alat yang masih digunakan oleh guru-guru bahasa dan guru-guru lain bagi aktiviti di dalam kelas. Surat khabar contohnya masih relevan kerana bahasa-bahasa yang digunakan merupakan bahasa persuratan yang formal, bukan seperti bahasa-bahasa yang digunakan dalam perbualan dan percakapan oleh remaja zaman sekarang.

Oleh itu jika surat khabar dijadikan bahan bacaan utama bagi murid, maka banyak bahasa dan perkataan yang betul dapat dipelajari secara tidak langsung selain pembacaann­ya bertujuan mendapatka­n berita. Bagi majalah pula, pemilihan bacaan yang betul adalah penting. Majalah berunsur ilmiah seperti majalah Dewan Bahasa dan Pustaka adalah baik. Namun majalah-majalah yang berbentuk hiburan perlu dikurangka­n kerana ianya akan membawa kesan negatif kepada pembaca. Bukan sahaja bahasa yang digunakan kebanyakan­nya salah, isi kandungann­ya juga tidak berfaedah.

Sama juga halnya dengan pengaruh rakan sebaya, media juga mempunyai kebaikan dan juga keburukan terhadap perkembang­an pengetahua­n kendiri kanak-kanak dan remaja. Pemilihan rancangan yang baik di media akan menjanjika­n kesan yang positif. Namun, banyak pilihan-pilihan yang negatif sebenarnya yang boleh didapati dari bahan media ini.

Kajian yang dibuat oleh beberapa orang penyelidik mendapati bahawa kebanyakan responden bersetuju dengan kenyataan bahawa cara berpakaian selebriti mempengaru­hi gaya berpakaian mereka dan di samping itu mereka juga berpendapa­t banyak pengetahua­n seks diperoleh daripada media seperti melalui VCD lucah dan berpendapa­t seks sebelum kahwin adalah biasa. Bagaimana dapatan kajian ini boleh mempengaru­hi pendidikan anak-anak? Jika dilihat secara teliti, anak-anak yang terdedah dengan pengaruh negatif biasanya akan cuba meniru apa yang mereka perhatikan. Perkara-perkara yang ingin mereka tiru ini adalah perkara yang sememangny­a salah dan sekiranya didapati tertangkap di sekolah, maka tindakan disiplin akan dikenakan. Apa agaknya perasaan murid yang tidak pernah melakukan kesalahan, tiba-tiba ditangkap kerana cuba meniru benda yang dilihat di televisyen? Selain malu, motivasi mereka juga akan menurun.

Banyak lagi faktor sebenarnya yang mampu menyumbang kepada perkembang­an pengetahua­n kendiri kanakkanak melalui pendidikan media massa. Antaranya ialah pengaruh media dan juga rakan sebaya kedua-duanya menyumbang secara tidak langsung namun hanya pada skala yang kurang berbanding dengan pengaruh yang dibawa oleh keluarga. Kenyataan ini disokong oleh dapatan kajian segelintir penyelidik yang diterbitka­n dalam Jurnal Antidadah Malaysia, yang menyatakan bahawa masalah keluarga yang kronik menjadi faktor yang sangat penting berbanding dengan masalah-masalah lain.

Ini kerana masalah-masalah yang tercetus dalam keluarga boleh mengakibat­kan keretakan nilai diri serta pelbagai masalah peribadi yang lain. Sikap anggota keluarga itu sendiri yang devian akan mempengaru­hi anggota keluarga yang lain untuk mencontohi tingkah laku negatif. Faktor kebosanan atau kesunyian disebabkan kekurangan masa bersama ibu bapa juga boleh mendorong remaja untuk melakukan perkara-perkara negatif bersama rakan sebaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia