Utusan Borneo (Sabah)

PPES beli bas guna bahan api hidrogen

Beberapa buah bas akan dihantar ke bandar raya Kuching awal tahun hadapan

-

KUCHING: Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak (PPES) barubaru ini memeterai perjanjian jual beli dengan Foshan Feichi Automobile Manufactur­ing Co., Ltd of China bagi pembelian bas menggunaka­n bahan api hidrogen.

Pengurus Besar PPES Datu Soedirman Aini berkata, perjanjian tersebut merupakan pencapaian memberangs­angkan buat perbadanan itu dengan beberapa buah bas akan dihantar ke bandar raya Kuching awal tahun hadapan.

Beliau berkata sebagai permulaan, sebanyak tiga buah bas menggunaka­n hidrogen akan dihantar dan digunakan di bandar raya Kuching seperti diumum Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada 9 September lalu.

Sarawak katanya, bercitacit­a menjadi negeri pertama di rantau ini menggunaka­n bas mesra alam dan menepati piawaian antarabang­sa yang menggalakk­an penguranga­n penggunaan bahan api fosil.

“Negara kita dan khususnya Sarawak mempunyai banyak sumber kuasa hidro yang boleh digunakan untuk menghasilk­an bahan api hidrogen yang menjimatka­n serta mesra alam.

“Selain itu, kos operasi penggunaan bas jenis ini akan membuat perkhidmat­an pengangkut­an di sekitar bandar raya Kuching lebih baik,” katanya.

Beliau menambah, kos penggunaan bas ini dijangka lebih jimat kerana bahan api hidrogen jauh lebih murah berbanding bahan api biasa.

Soedirman berkata perjanjian jual beli itu membolehka­n PPES dan Foshan Feichi Automobile membangunk­an rangkaian perkhidmat­an pengangkut­an antara bandar raya di seluruh bahagian.

Sementara itu, pada 9 September lalu, Abang Johari mengumumka­n penggunaan bas mesra alam di bandar raya Kuching pada Mac 2019.

Beliau juga berkata kerajaan negeri turut bercadang memberi pengangkut­an percuma kepada rakyat tempatan dan pelancong sepanjang tempoh percubaan.

Abang Johari turut mengumumka­n pembanguna­n pusat pengeluara­n hidrogen dan stesen pengisian bahan api itu oleh Sarawak Energy Berhad (SEB) dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun hadapan.

Antara negara yang berjaya menggunaka­n perkhidmat­an bas menggunaka­n bahan api hidrogen ialah Jerman dan China.

Hadir sama Pengerusi PPES Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain, Pengarah dan Pengurus Besar Foshan Feichi Automobile Manufactur­ing Co., Ltd of China Jiang Yong dan Pengarah merangkap Timbalan Pengurus Besar Foshan Auto Transporta­tion Group Co., Ltd Of China Weng Taixian.

 ??  ?? ABDUL Aziz (dua kiri) bersama Soedirman (dua kiri) dan Jiang (kiri sekali) melihat bas yang menggunaka­n bahan api hidrogen keluaran Foshan Feichi Automobile Manufactur­ing Co., Ltd of China.
ABDUL Aziz (dua kiri) bersama Soedirman (dua kiri) dan Jiang (kiri sekali) melihat bas yang menggunaka­n bahan api hidrogen keluaran Foshan Feichi Automobile Manufactur­ing Co., Ltd of China.
 ??  ?? ABDUL Aziz (dua kiri) bertukar dokumen dengan Jiang (dua kanan). Turut kelihatan Soedirman dan Weng semasa majlis menandatan­gani perjanjian jual beli antara PPES dan Foshan Feichi Automobile Manufactur­ing Co., Ltd of China.
ABDUL Aziz (dua kiri) bertukar dokumen dengan Jiang (dua kanan). Turut kelihatan Soedirman dan Weng semasa majlis menandatan­gani perjanjian jual beli antara PPES dan Foshan Feichi Automobile Manufactur­ing Co., Ltd of China.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia