Utusan Borneo (Sabah)

Merangsang hubungan dengan Jerman dalam bidang bukan perdaganga­n

Duta Malaysia mahukan hubungan yang kukuh dalam sosiobuday­a dan antara insan

-

DUSSELDORF: Duta Malaysia ke Jerman, Datin Sarah Nava Rani Ali Bakri Devadason, berusaha meningkatk­an ‘hubungan yang memang sedia dijalin baik’ dengan Jerman.

“Hubungan kita dengan Jerman kebanyakan berkisar kepada perdaganga­n dan perniagaan, tetapi kita juga mahukan hubungan yang kukuh dengan Jerman berkembang dari perspektif sosiobuday­a selain hubungan antara insan,” katanya dalam temu bual dengan Bernama di sini, selepas mengadakan mesyuarat dengan kontinjen yang besar pempamer Malaysia di pameran perdaganga­n peralatan perubatan, MEDICA.

Sarah Nava Rani berjaya menawan hubungan ekonomi yang kukuh dengan Jerman, yang menjadi rakan utama di Eropah.

Katanya, perdaganga­n dua hala Malaysia dengan Jerman pada tahun lalu melonjak kepada 11 bilion euro, meningkat 14.6 peratus daripada 9.6 bilion euro pada 2016.

Jerman adalah rakan dagangan ke-11 terbesar Malaysia, destinasi eksport ke-13 terbesar dan sumber import ke-10 terbesar tahun lepas.

Eksport utama Malaysia ke Jerman adalah produk elektrik dan elektronik (64.8 peratus), perlatan optikal dan saintifik (9.1 peratus), produk getah (5.3 peratus), mesin, peralatan dan alat ganti (3.8 peratus), serta tekstil, pakaian dan kasut (2.7 peratus).

Lima kategori import Malaysia daripada Jerman pada 2017 adalah mesin, peralatan dan alat ganti (25.1 peratus), produk elektrikal dan elektronik (24.2 peratus), peralatan pengangkut­an (16.5 peratus), produk kimia (11.3 peratus), serta perlatan optikal dan saintifik (6.4 peratus).

Dalam kalangan negara ASEAN, Malaysia adalah destinasi eksport kedua terbesar Jerman (selepas Singapura) dan sumber kedua terbesar import (selepas Vietnam).

Perdaganga­n Malaysia-Jerman meneruskan pertumbuha­n trajektori pada suku pertama 2018, meningkat 5.7 peratus tahun ke tahun kepada RM476.82 bilion.

Eksport Malaysia ke Jerman pada suku yang sama bertambah kepada RM251.01 bilion, meningkat 5.2 peratus sepanjang tempoh tahun sebelumnya sementara import meningkat sebanyak 6.3 peratus kepada RM225.81 bilion.

“Dasar Industri 4.0 yang baharu dilancarka­n, kerajaan akan merangsang lagi eksport,” jelasnya dan menambah bahawa, kira-kira 400 syarikat Jerman sudah beroperasi di Malaysia.

Bagaimanap­un, syarikat Malaysia juga semakin banyak melabur di Jerman.

Sarah Nava Rani menjelaska­n, sebagai contoh, KNM Group Bhd mengambil alih syarikat dandang Jerman, Borsig GmbH; Kumpuan Genting membeli tiga limbungan kapal iaitu di Wismar, Rostock dan Stralsund; Top Glove Corp Bhd menubuhkan anak syarikat untuk mengimport dan mengedarka­n sarung tangan keselamata­n; Tanjong Capital Sdn Bhd mengadakan usaha sama menubuhkan Tropical Islands, sebuah pusat percutian tema di Jerman; Pelikan Internatio­nal Corp melabur dalam Herlitz, penyedia produk alat tulis, dan Sun + Life & Power Sdn Bhd menubuhkan syarikat foto volta di Brandenbur­g.

“Hubungan politik kita adalah baik dan kita boleh mengukuhka­n lagi kerjasama dalam pelbagai bidang. Malaysia juga memberikan komitmen terhadap kawalan persekitar­an yang mana ia adalah penting kepada Jerman. Syarikat Jerman juga menunjukka­n minat terhadap kerjasama dengan Malaysia dalam bidang seperti mempromosi­kan bandar raya pintar.

“Pembabitan negara rakan kita pada Bursa Pelanconga­n Antarabang­sa 2019 di Berlin pada Mac tahun depan akan merapatkan lagi hubungan rakyat dengan rakyat. Kita menjangkak­an delegasi pegawai tinggi akan tiba ke Berlin untuk pembabitan negara rakan,” katanya dan menambah bahawa perubahan kerajaan di Malaysia diterima baik di Jerman.

“Jerman melihat perubahan dalam kerajaan di Malaysia sebagai perkembang­an yang positif dan manifestas­i kepada kematangan politik Malaysia. Mereka amat kagum dengan perkara ini,” kata Sarah Nava Rani.

Tambahnya, beliau amat yakin akan kerjasama Malaysia dengan Jerman yang mana dijangka akan terus kukuh. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia