Utusan Borneo (Sabah)

MA63 jadi asas kerajaan perjuang hak Sarawak

Kerajaan S’wak pastikan hasil daripada tanah Sarawak digunakan bagi membangunk­an negeri ini: Abang Johari

-

KUCHING: Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan menjadi asas untuk Kerajaan Sarawak memastikan hasil daripada tanah Sarawak digunakan bagi membangunk­an negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata atas sebab itu beliau dibantu tiga timbalanny­a, pejabat peguam besar negeri, pegawai-pegawai daripada Jabatan Tanah dan Survei dan pegawai-pegawai berkaitan melihat semula kepada peruntukan undangunda­ng sedia ada termasuk ordinan-ordinan berkaitan yang melibatkan hak Sarawak ke atas tanah.

Katanya, sejak pelaksanaa­n dan penguatkua­saan Kanun Tanah Negeri pada 1958, ia telah melalui beberapa kali pindaan seiring dengan keperluan semasa rakyat Sarawak.

Ini katanya, dilakukan untuk memastikan hak rakyat terhadap tanah terpelihar­a sekali gus dapat mendukung agenda pembanguna­n untuk memacu aktiviti ekonomi.

“Sebagai contoh bila kita meminda Ordinan Perlombong­an Minyak (OMO) 1958 baru-baru ini, ia adalah sejajar dengan hasrat untuk memastikan hak kita terhadap tanah dan hasil berkaitan tanah terpelihar­a.

“Perkara ini amat penting kerana hanya orang Sarawak sendiri yang mampu mempertaha­nkan hak mereka,” kata Abang Johari ketika berucap pada Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun Ke-100 Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak.

Majlis tersebut berlangsun­g di Dewan Santapan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini malam Ahad dan dihadiri Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib.

Bercakap mengenai kewujudkan 100 tahun JTS, Abang Johari berkata beliau berpuas hati dengan usaha jabatan tersebut yang sentiasa meningkatk­an perkhidmat­an untuk kekal relevan dengan perkembang­an teknologi semasa.

Justeru katanya, Kerajaan Sarawak akan sentiasa memberi sokongan kepada jabatan dalam usaha menambah baik perkhidmat­an kepada seluruh rakyat negeri ini.

“Kita sedar tanggungja­wab

“Sebagai contoh bila kita meminda Ordinan Perlombong­an Minyak (OMO) 1958 baru-baru ini, ia adalah sejajar dengan hasrat untuk memastikan hak kita terhadap tanah ” dan hasil berkaitan tanah terpelihar­a. "DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN OPENG Ketua Menteri

ini adalah amanah yang perlu kita pegang bersesuaia­n dengan falsafah pembanguna­n lestari.

“Sebab itulah selain JTS, beberapa jabatan dan agensi lain yang bertanggun­gjawab seperti Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), Lembaga Sungai-Sungai (Sarawak) akan memainkan peranan sebagai ‘check and balance’ dalam pelaksanaa­n pembanguna­n fizikal.

“Perkara ini juga sering saya ingatkan ketika Jabatan Perancang Negeri (SPA) bersidang dalam mempertimb­angkan mana-mana cadangan pembanguna­n,” ujarnya.

Isteri Ketua Menteri Datin PatinggiDa­tukAmarJum­a’ani Tuanku Bujang turut hadir pada majlis tersebut bersama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Speaker DUN Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Morshidi Abdul Ghani, Pengarah JTS Zaidi Mahdi serta yang lain.

 ??  ?? TUN Taib menandatan­gani watikah 100 tahun Jabatan Tanah dan Survei Sarawak disaksikan Abang Johari (kanan), Awang Tengah (dua kiri), Zaidi (kiri). Turut kelihatan Ragad.
TUN Taib menandatan­gani watikah 100 tahun Jabatan Tanah dan Survei Sarawak disaksikan Abang Johari (kanan), Awang Tengah (dua kiri), Zaidi (kiri). Turut kelihatan Ragad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia