Utusan Borneo (Sabah)

Tiga didakwa rancang serangan ganas di Melbourne

Tidak sampai dua minggu selepas serangan tikaman didorong IS bunuh dua di bandar raya kedua Australia itu

-

“Mereka menyasari tempat sesak, tempat di mana seramai mungkin orang akan hadir, untuk dapat membunuh, kami dakwa, seramai mungkin manusia.”

GRAHAM ASHTON Ketua Pesuruhjay­a Polis Victoria

MELBOURNE: Tiga lelaki yang didakwa merancang serangan ganas yang “menakutkan” di Melbourne telah didakwa awal semalam, tidak sampai dua minggu selepas satu serangan tikaman yang didorong oleh kumpulan Negara Islam (IS atau ISIS) mengorbank­an dua orang di bandar raya kedua Australia itu.

Tiga tertuduh, semua warga Australia yang berketurun­an Turki, ditahan oleh polis antikegana­san dalam serbuan waktu malam selepas mereka meningkatk­an lagi persiapan untuk menyerang kawasan yang sesak di Melbourne, menurut polis.

Ketiga-tiga tertuduh, dua adik-beradik lelaki berusia 31 dan 26 tahun dan 21 tahun, kemudian didakwa atas tuduhan merancang tindakan pengganas, yang membawa hukuman maksimum penjara seumur hidup, kata pegawai polis.

Ketua Pesuruhjay­a Polis Victoria, Graham Ashton, berkata tertuduh “ternyata didorong oleh ISIS”, tetapi tidak diketahui ada hubungan dengan organisasi khusus. Mereka sudah disiasat sejak Mac lalu telah menjadi “lebih bertenaga” sejak serangan tikaman yang didorong oleh IS di Melbourne pada 9 November lepas, katanya.

Tertuduh cuba membeli raifal kaliber .22 separa automatik dan polis bimbang mereka akan menyasari acara sempena musim Natal yang biasanya menyaksika­n ramai orang berkerumun di bandar raya.

“Mereka menyasari tempat sesak, tempat di mana seramai mungkin orang akan hadir, untuk dapat membunuh, kami dakwa, seramai mungkin manusia,” kata Ashton kepada pemberita.

Kumpulan itu belum lagi memilih sasaran khusus atau masa bagi serangan itu, dan Ashton menambah polis yakin tangkapan semalam telah “meneutralk­an sebarang ancaman kepada masyarakat dari kumpulan ini”.

Dalam serangan pada 9 November lepas, seorang warga Australia kelahiran Somalia, Hassan Khalif Shire Ali, menikam dan mem-bunuh seorang lelaki dan mencederak­an dua lagi di sebuah kawasan pusat beli-belah sebelum ditembak mati oleh polis.

Secara kebetulan, mangsa serangan itu, Sisto Malaspina, 74, diberi penghormat­an dengan pengebumia­n rasmi di Melbourne semalam.

Ratusan warga Melbourne dan orang kenamaan menghadiri acara di Katedral St Patrick, Melbourne, untuk mengucapka­n selamat jalan kepada Malaspina, pemilik sebuah kafe Itali tempatan yang disayangi dan tokoh terkenal dalam dunia restoran yang bertenaga di bandar raya itu.

Tiga lelaki yang ditangkap itu dinamakan oleh media tempatan sebagai Ertunc dan Samed Eriklioglu, masing-masing berusia 30 dan 26 tahun, dan Hanifi Halis, 21. Pegawai mahkamah tidak dapat mengesahka­n segera identiti mereka.

“Jika kami tidak bertindak awal untuk mencegah serangan ini, kami mendakwa akibatnya pasti menakutkan, dengan kehilangan nyawa manusia yang berpotensi signifikan,” kata jurucakap polis antikegana­san persekutua­n Ian McCartney ketika meng-umumkan tangkapan.

Polis Australia sudah men-dakwa 90 orang berhubung 40 siasatan antikegana­san sejak 2014, apabila tahap amaran keganasan di negara itu dinaikkan kepada “mungkin”.

Melbourne telah menjadi sasaran beberapa serangan dan komplot.

Selain serangan pisau pada 9 November lepas, seorang lelaki berusia 28 tahun disabit kesalahan atas enam tuduhan membunuh pada minggu lepas kerana melanggar dan membunuh puluhan orang di lebuh yang sama pada Januari 2017, dan saudara Shire Ali berada di penjara sementara menunggu perbicaraa­n bagi komplot untuk menyebabka­n kematian besar-besaran pada Hari Tahun Baharu lepas di Federation Square di bandar raya tersebut.

Pasport Shire Ali, seperti ketiga-tiga lelaki yang ditangkap semalam, dibatalkan untuk menghalang­nya daripada menyertai ISIS di Timur Tengah, dan Ashton berkata ini mungkin telah membawa kepada tindakan mereka di tanah air.

“Malangnya jentera dakyah ISIS dan Al-Qaeda menggalakk­an kegiatan seperti ini, jadi apabila orang dihalang daripada melakukan perjalanan atau ia sukar untuk sampai ke zon konflik, selalunya mereka akan menukar rancangan dan melakukan perbuatan di dalam negara di mana mereka tinggal,” katanya.

Polis berkata siasatan yang membawa kepada tangkapan semalam dirumitkan oleh penggunaan aplikasi pesanan sulit oleh suspek yang mendorong kerajaan untuk membuat seruan semula bagi tindakan segera ke atas rang undang-undang kontrovers­i yang membolehka­n pihak berkuasa untuk membongkar pesanan sulit. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? POLIS dilihat di luar salah sebuah rumah yang disasar dalam serbuan antikegana­san merentasi pinggir bandar utara-barat di Melbourne, Australia semalam.
— Gambar Reuters POLIS dilihat di luar salah sebuah rumah yang disasar dalam serbuan antikegana­san merentasi pinggir bandar utara-barat di Melbourne, Australia semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia