Utusan Borneo (Sabah)

Anak Trump guna e-mel peribadi untuk urusan kerajaan: The Post

-

WASHINGTON: Anak perempuan dan penasihat kanan presiden Amerika Syarikat Ivanka Trump menggunaka­n akaun e-mel peribadi untuk urusan kerajaan yang melanggar peraturan rekod persekutua­n, akhbar The Washington Post melaporkan kelmarin.

The Post, yang memetik sumber yang tidak dinamakan, berkata penemuan itu dibuat oleh pegawai White House yang menyemak semula e-mel dalam respons kepada tindakan undangunda­ng berhubung rekod awam.

Apabila ditanya mengenainy­a, Ivanka berkata beliau tidak tahu mengenai peraturan itu, kata The Post.

Seorang jurucakap bagi peguam Trump mengesahka­n Ivanka ada menggunaka­n akaun e-mel peribadi sebelum beliau dimaklumka­n mengenai peraturan itu, dan berkata semua e-melnya yang ada kaitan dengan kerajaan sudah diserahkan beberapa bulan lalu, akhbar berkenaan melaporkan.

Presiden Donald Trump berulang kali mengecam Hillary Clinton, pencabarny­a dalam pilihan raya presiden pada 2016, kerana menggunaka­n pelayan e-mel peribadi bagi urusan kerajaan ketika beliau menjadi setiausaha negara.

Pengarah Biro Siasatan Persekutua­n (FBI) ketika itu James Comey – yang dipecat oleh presiden pada tahun lepas – mengumumka­n biro itu akan membuka semula siasatan ke atas penggunaan pelayan e-mel peribadi oleh Clinton hanya 11 hari sahaja sebelum pemilihan presiden pada 2016, satu tindakan yang menurut segelintir pihak, telah menyebabka­n Clinton tewas dalam pilihan raya itu.

Penyokong Trump masih melaung “Kurung dia!” di rapat umum, meniru salah satu laungan Trump sewaktu kempen pilihan raya, yang menunjukka­n mereka percaya Clinton sepatutnya dipenjara. — AFP

 ??  ?? IVANKA
IVANKA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia