Utusan Borneo (Sabah)

Penunjuk perasaan ‘Ves Kuning’ sekat akses ke depot bahan api Perancis

-

PARIS: Penunjuk perasaan yang marah mengenai harga bahan api yang tinggi dijangka menyekat akses ke depot bahan api Perancis dan menghalang lalu lintas di jalan raya utama pada hari keempat semalam, selepas mereka berang dengan keengganan kerajaan untuk membatalka­n cukai anti-pencemaran.

Seorang individu terbunuh tanpa sengaja dan 528 orang cedera, 17 dengan parah, sewaktu protes “Ves Kuning” yang telah menguatkan lagi tentangan kepada dasar ekonomi Presiden Emmanuel Macron.

Sementara tunjuk perasaan terus diadakan, empat lelaki telah ditahan reman dan didakwa dalam satu siasatan antikegana­san di bandar raya tenggara Saint-Etienne pada Sabtu lepas – hari pertama sekatan – dituduh merancang untuk mengambil ke-sempatan ke atas mobilisasi polis bagi demonstras­i itu untuk melancarka­n serangan ganas, menurut akhbar Le Parisien.

Salah seorang suspek menghantar teks pesanan kepada tunangnya, “Ia akan berdarah pada 17 November”, kata akhbar itu.

Pegawai tidak dapat dihubungi segera untuk mendapatka­n kenyataan mengenai laporan itu.

Kelmarin puluhan ribu penunjuk perasaan masih menjaga ratusan perintang di lebuh raya dan stesen minyak, turun daripada hampir 300,000 penunjuk perasaan di lebih 2,000 lokasi pada Sabtu lepas.

Syarikat minyak gergasi Total mengesahka­n beberapa traknya dihalang daripada sampai ke depot di selatan dan timur negara, yang menyebabka­n kecemasan di kalangan pemilik perniagaan kecil.

“Perkara terburuk adalah untuk menyekat ekonomi dan memburukka­n lagi seluruh situasi,” Alain Griset, selaku ketua persekutua­n U2P yang dianggotai perniagaan kecil dan sederhana, menyebut dalam satu kenyataan.

Kelmarin pasukan keselamata­n mengusir penunjuk perasaan dari beberapa lokasi, termasuk sebuah jambatan gantung menuju ke bandar raya barat daya Bordeaux yang sudah disekat selama tiga hari.

Pergerakan ‘Ves Kuning’ – yang dinamakan sempena ves terang yang wajib dibawa oleh pemandu kereta di dalam kereta mereka – dicetuskan oleh kenaikan harga diesel, yang ramai kaitkan dengan cukai yang dilaksanak­an sejak beberapa tahun lalu sebagai sebahagian daripada kempen antipencem­aran di Perancis.

Ia dengan cepat bertukar menjadi tunjuk perasaan oleh penduduk luar bandar dan bandar kecil di Perancis berhubung kuasa beli yang berkuranga­n di kalangan penduduk kurang berada di bawah Macron, yang dikecam sebagai “presiden golongan kaya”.

“Ia mengenai jauh lebih daripada bahan api. Mereka (kerajaan) tidak meninggalk­an apa-apa untuk kami,” kata Dominique, seorang juruteknik berusia 50 tahun yang menganggur, kepada AFP di satu sekatan jalan di bandar Martigues, dekat bandar raya selatan, Marseille.

Kerajaan Macron, yang cuba menggilap kewibawaan­nya dalam isu alam sekitar, telah berjanji untuk tidak tunduk dalam usaha untuk memaksa rakyat kurang menggunaka­n kereta menerusi cukai bahan api.

Sementara jumlah penunjuk perasaan sudah berkura-ngan sejak hujung minggu lepas, selari dengan suhu yang semakin sejuk, demonstras­i skala besar lain sedang dirancang.

Dua pengumuman berasingan bagi protes besarbesar­an di Paris pada 24 November telah diedarkan dengan meluas dalam media sosial.

Permulaan tunjuk perasaan itu dicemari kematian seorang penunjuk perasaan berusia 63 tahun, selepas dia dilanggar oleh seorang pemandu kereta yang panik di satu sekatan jalan dalam wilayah timur Savoie.

Beberapa orang lagi cedera dalam cubaan oleh pemandu trak dan pemandu kereta untuk merempuh perintang.

Seorang lelaki berusia 32 tahun dijatuhi hukuman penjara selama empat bulan kelmarin kerana membahayak­an nyawa dengan mengambil bahagian dalam rantai manusia di sebatang lebuh raya di timur laut Perancis.

Perdana Menteri Edouard Philippe berkata malam Isnin lepas bahawa kerajaan telah mendengar kemarahan penunjuk perasaan tetapi tidak akan mengubah hala tuju. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SEORANG pegawai polis bercakap dengan anggota ‘Ves Kuning’ yang mengambil bahagian dalam sekatan jalan anjuran pergerakan menentang harga bahan api yang tinggi di La Rochelle, barat daya Perancis kelmarin.
— Gambar AFP SEORANG pegawai polis bercakap dengan anggota ‘Ves Kuning’ yang mengambil bahagian dalam sekatan jalan anjuran pergerakan menentang harga bahan api yang tinggi di La Rochelle, barat daya Perancis kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia