Utusan Borneo (Sabah)

Meme ‘Winnie the Pooh’ membayangi lawatan rasmi Xi ke Filipina

-

MANILA: Saluran Twitter dan Facebook di Filipina semalam dibanjiri meme ‘Winnie the Pooh’ dalam ekspresi kenyitan mata bagi sentimen anti-China yang dicetuskan oleh lawatan rasmi Presiden Xi Jinping ke Manila.

“Beruang dengan otak yang sangat kecil” itu pernah digunakan pada masa lalu dalam media sosial untuk mengusik Xi yang bulat badan, satu gurauan yang telah mengundang tindakan daripada penapis di Beijing.

Dalam satu klip yang disiarkan semalam, Pooh tunduk di depan cermin manakala “Hail Satan” memancar di atas skrin, dalam satu lagi dia terapung dekat sebuah pulau tiruan yang dibina oleh Beijing di Laut China Selatan yang dipertikai­kan.

“Oleh kerana ‘Winnie the Pooh’ diharamkan di China kerana rupanya mirip sekali dengan Xi Jinping, marilah kita membantah kehadirann­ya dengan menyiarkan meme dan gambarnya bersama orang yang mirip dengannya,” tulis pengguna Facebook, Wilfredo Garrido.

Ramai warga Filipina membenci tuntutan Beijing ke atas kebanyakan tempat di Laut China Selatan, yang diputuskan tidak ada asas oleh sebuah tribunal antarabang­sa pada 2016.

Pertikaian itu membekukan hubungan Beijing-Manila, tetapi semua itu berubah apabila Rodrigo Duterte memenangi pilihan raya presiden sejurus sebelum keputusan tersebut dibuat.

Beliau memilih untuk mengetepik­an keputusan penting itu kerana mahu mendapatka­n perdaganga­n dan pelaburan bernilai berbilion dolar dari China, yang ramai warga Filipina lihat sebagai penyerahan wilayah yang sebenarnya milik mereka.

Perbanding­an di antara Xi dengan ‘Pooh’ pertama kali muncul pada 2013, selepas pengguna media sosial China mula mengedar dua gambar yang meletakkan imej ‘Pooh’ dan kawan harimaunya yang langsing ‘Tigger’ di sebelah gambar Xi yang berjalan bersama presiden Amerika Syarikat ketika itu, Barack Obama.

Pada 2014, satu gambar Xi yang berjabat tangan dengan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe telah dipadankan dengan imej ‘Pooh’ yang menggengga­m kuku rakan keldainya yang muram, ‘Eeyore’.

Pada 2015, portal analisis politik Global Risk Insights menggambar­kan satu gambar Xi berdiri menerusi bumbung kereta perarakan yang digandingk­an dengan imej kereta permainan ‘Winnie the Pooh’ sebagai “gambar paling kerap ditapis di China”. — AFP

 ??  ?? AKTIVIS mengadakan bantahan di hadapan pejabat konsular China, ketika Xi tiba untuk lawatan rasmi, di Manila, Filipina semalam. — Gambar AFP
AKTIVIS mengadakan bantahan di hadapan pejabat konsular China, ketika Xi tiba untuk lawatan rasmi, di Manila, Filipina semalam. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia