Utusan Borneo (Sabah)

Tinggalkan perbalahan bagi menjamin ukhuwah berkekalan

-

LABUAN: Umat Islam diseru meninggalk­an sebarang bentuk perbalahan dan perselisih­an dalam kehidupan seharian.

Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli berkata, Islam menyeru kepada perpaduan dan keharmonia­n hidup sesama manusia.

“Di dalam menyantuni ummah, Allah SWT mengingatk­an kita supaya menjaga hubungan silaturahi­m sesama umat manusia.

“Oleh itu, Islam menggalakk­an umatnya berinterak­si, bergaul dan menjalin hubungan baik, dengan harmoni dan sejahtera dalam urusan kehidupan.

“Rasulullah SAW sangat melarang bibit-bibit permusuhan dalam kalangan umatnya seperti pertengkar­an, perbalahan dan pertikaian sesama muslim,” katanya.

Jelasnya, perbalahan bakal mengundang fitnah kepada umat Islam sedangkan fitnah adalah perkara yang sangat dilarang oleh Islam.

“Budaya fitnah, taksub yang melulu dan berpuakpua­k bukan sahaja boleh memecahbel­ahkan masyarakat malah boleh memberikan imej buruk kepada agama Islam.

“Kepelbagai­an dan perbezaan merupakan satu keindahan dan kekuatan yang Allah sediakan untuk kita. Tema ‘Menyantuni Umat Membawa Rahmat’ bermakna kita memanifest­asikan rahmat Allah menerusi gerak kerja menyantuni umat,” katanya semasa berucap merasmikan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1440H/2018M Peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan di Dataran Labuan, di sini pada Selasa.

Sementara itu, Masari @ MasriArdan,57,dianugerah­kan Tokoh Maulidur Rasul 1440H/2018M Peringkat WP Labuan.

Beliau yang bertugas sebagai Pemandu Operasi Kebakaran dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan merupakan penceramah jemputan,GuruKelasA­lQuran, Pembantu AJK Kebersihan Masjid Layang-Layangan, Amil Zakat dan terlibat aktif dalam pelbagai aktiviti dakwah di pulau ini.

Bagi pertanding­an perarakan, Kampung Pohon Batu menjadi johan bagi kategori kampung, kategori Jabatan Kerajaan dimenangi oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (MAIWP) Labuan manakala SK Sg Bedaun johan kategori Sekolah Rendah dan SMK Labuan memenangi kategori Sekolah Menengah/IPT.

Kategori Swasta/NGO dan Pasukan Beruniform masing-masing dimenangi Persatuan Perwigis dan TUDM Labuan.

Bagi Pertanding­an Sepanduk, Syabab Imtiaz SMA MAIWP Labuan mengunggul­i kategori Sekolah Menengah/IPT, Kg Belukut pula memenangi kategori kampung diikuti Majlis Agama Islam Wilayah persekutua­n Labuan memenangi kategori Jabatan Kerajaan.

Sekolah Rendah Agama Islam Al Islamiah Pekan menjadi johan kategori SRAI manakala Asian Supply Base Sdn Bhd dan Jabatan Imigresen memenangi kategori Swasta/NGO serta Pasukan Beruniform.

Hadir sama, Pengerusi Perbadanan Labuan Dato Sri Amir Hussein, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Datuk Azhar Ahmad, Panglima Wilayah Udara 2 Brig Jeneral Dato Yazid Arshad, Komander Pangkalan Udara Labuan Brig Jeneral Dato Sardon Hassan dan Ketua Penolong Pengarah Kanan Jawi Labuan Sabarudin Hasan.

 ??  ?? MASARI (empat dari kiri) menerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul disampaika­n Rozman.
MASARI (empat dari kiri) menerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul disampaika­n Rozman.
 ??  ?? ROZMAN (dua dari kanan) menyampaik­an hadiah kepada salah satu pemenang Pertanding­an Perarakan.
ROZMAN (dua dari kanan) menyampaik­an hadiah kepada salah satu pemenang Pertanding­an Perarakan.
 ??  ?? ANTARA ribuan umat Islam di Labuan yang menyertai perarakan Maulidur Rasul Peringkat WP Labuan.
ANTARA ribuan umat Islam di Labuan yang menyertai perarakan Maulidur Rasul Peringkat WP Labuan.
 ??  ?? ROZMAN dan tetamu lain merakam gambar kenangan bersama para peserta perarakan.
ROZMAN dan tetamu lain merakam gambar kenangan bersama para peserta perarakan.
 ??  ?? ROZMAN berarak bersama-sama tetamu jemputan dan ribuan umat Islam di Labuan.
ROZMAN berarak bersama-sama tetamu jemputan dan ribuan umat Islam di Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia