Utusan Borneo (Sabah)

Pasukan Luntau johan pertanding­an dart

- Oleh YAP SIONG HAN

PUTATAN: Pasukan Luntau dari Sipitang yang diwakili Gilo Tay dan Samion Panguran dinobatkan sebagai juara kejohanan DMM Dathaus Opening Double Dart Challenge, di sini pada Isnin.

Sementara itu, tempat kedua dimenangi pasukan SGD FA yang diwakili Frankie dan Ansalimus. Tempat ketiga dan keempat dikongsi bersama pasukan KBR Team dan 221 M/N yang masing-masing diwakili Fredie Chinsing dan Farrel Richard serta Marto Muga dan Nicholas George.

Pengerusi Penganjur Randy Lojitan berkata, pasukan Luntau membawa pulang hadiah wang tunai RM1,200, tempat kedua RM600 manakala tempat ketiga dan keempat masingmasi­ng menerima RM300.

Menurutnya, penganjura­n sulung yang menawarkan hadiah keseluruha­n berjumlah RM3,000 itu berlangsun­g selama dua hari di pusat berkenaan di Kampung Duvanson, di sini, dan disertai 32 pasukan dari seluruh negeri.

“Penganjura­n kejohanan yang julung kali diadakan bertujuan memberi peluang kepada pemain-pemain muda untuk menonjolka­n bakat selain melahirkan pelapis yang boleh mewakili negeri dan negara dalam sukan berkenaan.

“Penganjura­n kejohanan sukan seperti ini juga mampu melahirkan generasi yang berpotensi tinggi dan masyarakat yang sihat serta aktif di samping memperbany­akkan lagi aktiviti sukan dan riadah di negeri ini amnya,” katanya.

Acara pembukaan dirasmikan oleh Ketua Bahagian Upko Putatan Datuk Marcus Mojigoh dan bagi acara penutupan dan penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh Ketua Pemuda Upko Pusat Felix Joseph Saang.

 ??  ?? FELIX (empat kiri) menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang.
FELIX (empat kiri) menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia