Utusan Borneo (Sabah)

‘Terbaik Dariku’ lakonan Zara Zya, Syazuwan dalam Samarinda TV3

-

PADA bulan November ini, TV3 membawakan dua drama terbaharu iaitu ‘Seribu Rindu’ menerusi slot Akasia dan ‘Terbaik Dariku’ dalam slot Samarinda. ‘Terbaik Dariku’ yang menampilka­n barisan pelakon seperti Zara Zya, Syazuwan Hassan, Azar Azmi, Hanna Aqeela, Datin Fadilah Mansor, Azri Iskandar dan Ainina Ahmad B bersiaran setiap hari Isnin hingga Rabu, jam 10.00 malam. Drama 15 episod ini mengisahka­n seorang wanita yang tersepit antara impiannya untuk memiliki cinta suaminya dan menerima realiti suaminya menyintai perempuan lain. Aisyah (Zara Zya) mengahwini Taufiq (Syazuwan Hasan) kerana menyangkak­an suaminya itu ikhlas terhadapny­a. Sebenarnya, Taufiq tidak pernah menyintai Aisyah. Sebaliknya Taufiq hanya memperguna­kan Aisyah atas desakan ibunya, Saodah yang mahu menumpang kesenangan yang dimiliki Aisyah. Dalam diam, Taufiq mempunyai seorang isteri lain bernama Suraya (Azar Azmi) yang dikahwinin­ya sebulan selepas pernikahan­nya dengan Aisyah. Taufik bijak menyembuny­ikan perkahwina­nnya itu sehingga tidak dapat langsung dihidu oleh Aisyah. Taufiq sering memburukka­n Aisyah di hadapan Suraya. Dia sering mengadu dia tidak bahagia dengan Aisyah dan betapa dia cuba menjaga hati Aisyah tetapi Aisyah tidak menghormat­inya sebagai suami malah katanya, Aisyah memperkeci­lkan dirinya sebagai lelaki yang berasal dari kampung dan miskin. Semua rekaan cerita ini menyebabka­n Suraya bencikan Aisyah. Sering kali Suraya mendesak supaya Taufiq menceraika­n Aisyah tetapi Taufiq masih lagi tidak mahu melepaskan Aisyah. Kehadiran Zaharah, seorang gadis yang diselamatk­an oleh Aisyah kerana melarikan diri daripada dijual ayahnya kepada lelaki yang tak dikenali tidak disukai Taufiq dan Saodah. Mereka berasa sangsi dengan kata-kata Zaharah, lebih-lebih lagi Saodah. Saodah tidak mahu Zaharah menjadi penghalang untuk dia menikmati kesenangan harta Aisyah. Saodah kemudianny­a menghalau Zaharah. Aisyah nekad untuk mencari Zaharah. Kehilangan Zaharah mengimbau kembali memori Aisyah akan satu peristiwa hitam yang terjadi kepadanya sewaktu kecil. Apakah sebenarnya yang terjadi sehingga Aisyah bersungguh mahu menjejaki Zaharah? Adakah pembohonga­n Taufiq akan terbongkar? Saksikan konflik rumah tangga dan keluarga arahan Along Kamaludin, skrip oleh Lily Suhana dan Adza Emie, terbitan Layar Ceritera Sdn Bhd ini, setiap Isnin hingga Rabu, jam 10 malam menerusi slot Samarinda di TV3.

 ??  ?? ZARA Zya dan Syazuwan Hasan (kanan) dalam ‘Terbaik Dariku’ di Slot Samarinda TV3.
ZARA Zya dan Syazuwan Hasan (kanan) dalam ‘Terbaik Dariku’ di Slot Samarinda TV3.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia