Utusan Borneo (Sabah)

100 guru kaunseling sertai seminar kerjaya minyak dan gas

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Seramai 100 peserta melibatkan guru kaunseling dari sekolahsek­olah bahagian Pantai Barat Sabah menyertai seminar berkaitan kerjaya dalam sektor minyak dan gas. Seminar yang berlangsun­g selama sehari itu dianjurkan oleh Petronas dengan kerjasama Kementeria­n Pelajaran dan Inovasi bagi mendedahka­n pelajar sekolah berhubung kerjaya berkenaan. Selain itu, ia memberi tumpuan kepada kepentinga­n Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM), yang merupakan subjek utama untuk kerjaya dalam sektor terbabit. Pengurus Besar Petronas Wilayah Sabah dan Labuan Rokiah Sulaiman berkata, penganjura­n seminar itu adalah bagi memberi pendedahan kepada guru kaunseling yang dilihat berperanan besar memupuk minat pelajar dalam subjek STEM. Katanya, setiap maklumat yang ditetapkan akan memberi maklumat mengenai usaha mencapai aspirasi kerjaya selepas menamatkan sekolah menengah. “Usaha ini adalah pendekatan proaktif kami dalam memperkaya­kan pembanguna­n pelajar dengan memperkasa­kan kaunselor sekolah. “Kami percaya peserta dapat memberikan bimbingan kerjaya yang berkesan kepada pelajar mereka dan dalam masa yang lama, membantu menghasilk­an bakat dalam pelbagai bidang untuk negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini. Sementara itu, peserta Zurinah Genaral berkata seminar sedemikian amat berguna bagi mendapatka­n informasi mengenai kerjaya dalam syarikat minyak berkenaan. “Sebagai guru kaunseling, kami menjadi sumber terdekat bagi para pelajar untuk mendapatka­n maklumat mengenai kerjaya yang sesuai dengan mereka. “Justeru, adalah menjadi tanggungja­wab kami untuk berkongsi maklumat ini secara langsung kepada pelajar, terutamany­a pelajar tingkatan lima dan enam,” katanya yang juga guru kaunseling dari S M K Limbanak Penampang. Dalam pada itu, Unit Kaunseling dari Kementeria­n Pelajaran turut berkongsi teknik kaunseling berkesan, diikuti dengan ceramah mengenai Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP). Selain itu, perkongsia­n oleh Petrosains mengenai cara kreatif untuk mempromosi­kan STEM kepada generasi muda turut berlangsun­g. Pada sebelah petang, peserta diberi informasi mengenai peluang-peluang pembelajar­an di Institut Teknologi Petroleum, Akademi Laut Malaysia, Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

 ??  ?? GURU-guru kaunseling fokus mendengar ceramah berkaitan kerjaya dalam sektor minyak dan gas.
GURU-guru kaunseling fokus mendengar ceramah berkaitan kerjaya dalam sektor minyak dan gas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia