Utusan Borneo (Sabah)

Korea Selatan terus membuat peningkata­n di bawah kendalian Paulo Bento

-

BRISBANE, Australia: Jurulatih Korea Selatan, Paulo Bento, percaya pasukannya terus membuat peningkata­n di bawah kendalian beliau selepas meneruskan rekod tanpa kalah dengan kemenangan bergaya ke atas Uzbekistan, sekali gus meningkatk­an lagi status mereka sebagai salah sebuah pasukan pilihan untuk memenangi kejohanan Piala Asia tahun hadapan. Empat pemain berbeza menjaringk­an gol ketika Korea Selatan menewaskan Uzbekistan 4-0 di sini semalam, untuk memperbaik­i rekod enam perlawanan tanpa kalah sejak Bento menggantik­an tugas Shin Tae-yong pada bulan Ogos. “Saya fikir kami bergerak ke arah yang betul,” kata jurulatih dari Portugal itu. “Kami masih mempunyai banyak ruang untuk diperbaiki lagi tetapi saya percaya kami berada di landasan yang tepat. Saya mahu memastikan semua pemain faham sasaran yang mahu dicapai oleh pasukan kebangsaan ini. “Secara keseluruha­nnya, kami menguasai perlawanan hari ini. Walaupun ketika mendahului 2-0 pada separuh masa pertama, kami tidak hilang fokus dalam separuh masa kedua dan ia membolehka­n kami mencapai keputusan yang bagus.” Bento mengesan beberapa pilihan lain dari pemain yang bermain di Korea Selatan dan juga Jepun untuk perlawanan antarabang­sa terbaharu ini, dengan Korea Selatan bolos lewat untuk seri 1-1 dengan Australia di Brisbane. Beliau menggugurk­an penyerang bintang, Son Heung-min dan Ki Sung-yueng dari skuad untuk memberikan peluang menilai pemain baharu menjelang Piala Asia, yang akan bermula di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada 5 Januari. “Objektif utama ialah untuk mengekalka­n gaya dan prinsip permainan kami,” tambah Bento. “Saya akan cuba mengubah permainan berdasarka­n kepada lawan tanpa mengubah prinsip kami.” Korea Selatan, juara dua kali Asia, diundi dalam Kumpulan C dan akan memulakan kejohanan menentang Filipina di Dubai pada 7 Januari sebelum menentang China dan Kyrgyzstan dalam kumpulan yang sama. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia