Utusan Borneo (Sabah)

Filem ‘Fantastic Beasts’ gelap namun berpijak di bumi nyata

-

ALBUS Dumbeldore merupakan seorang profesor yang muda di Hogwarts School; Gellert Grindelwal­d yang berkarisma namun jahat bertekad untuk memanipula­si dunia bagi mencapai matlamatny­a sendiri; dan Newt Scamander, dengan beg pakaiannya yang ajaib dan penuh dengan makhluk aneh, cuba menghalang­nya. Dunia sihir yang dicipta oleh J.K. Rowling kembali ke skrin besar dengan ‘Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwal­d’, dan temanya yang gelap berpijak kukuh di bumi nyata. Dengan latar belakang pada tahun 1927, kirakira 70 tahun sebelum buku-buku dan filem-filem ‘Harry Potter’ yang paling laris tulisan Rowling, ‘Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwal­d’ merupakan siri kedua dalam siri filem keluaran sampingan yang menerokai pertarunga­n di antara kebaikan dan kejahatan, dan antara toleransi dengan penerimaan. “Perkara yang sentiasa luar biasa mengenai kerja Rowling ialah orang memahami aspeknya, sama ada ia adalah ciri watak yang khusus atau kelemahan atau iklim politik,” kata Eddie Redmayne, yang membawa watak Scamander. “Namun dia menyelubun­ginya dalam dunia ini yang begitu ajaib serta agak indah dan kita tidak rasa seperti dihentamny­a sehingga kita mula memikirkan­nya kemudian,” kata pelakon itu kepada Reuters Television. Rowling berkata kebangkita­n politik populis pada zaman moden berada dalam fikirannya apabila dia mula menulis lakon layar untuk dua filem pertama, tetapi dia tidak menyatakan sama ada dia ada orang atau negara khusus dalam fikiran. Latar belakang filem baharu itu pada 1927 menyaksika­n Grindelwal­d, lakonan Johnny Depp, berucap di perhimpuna­n yang begitu besar untuk menghasut pengikutny­a agar melakukan keganasan. “Salah satu perkara yang Grindelwal­d buat dengan begitu baik ialah dia ada matlamat yang gila. Namun dia menjadikan­nya berbunyi begitu munasabah,” kata Alison Sudol, yang membawa watak pembaca fikiran Queenie Goldstein dalam filem itu. Zoe Kravitz, yang membawa watak kekasih hati Scamander, Leta Lestrange, berkata dia berpendapa­t watak Grindelwal­d mungkin mencontohi sesiapa sahaja dengan kuasa penggoda. Tidak kira apa pun inspirasin­ya, Depp merupakan pilihan yang bagus untuk membawa wataknya, kata Kravitz. “Dia begitu berkarisma dan pintar dan saya rasa dia adalah orang yang amat baik sekali untuk membawa watak penjahat seperti ini. Dia begitu agak menggoda,” katanya. — Reuters

 ??  ??
 ??  ?? JOHNNY DEPP
JOHNNY DEPP
 ??  ?? J.K. ROWLING
J.K. ROWLING
 ??  ?? DUMBELDORE: Jude Law semasa tayangan perdana British filem ‘Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwal­d’ di London pada 13 November lepas. — Gambar Reuters
DUMBELDORE: Jude Law semasa tayangan perdana British filem ‘Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwal­d’ di London pada 13 November lepas. — Gambar Reuters
 ??  ?? EDDIE REDMAYNE
EDDIE REDMAYNE
 ??  ?? ALISON SUDOL
ALISON SUDOL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia